Friday, May 31, 2024
HomeBERITAJENAYAHYusoff Rawther adalah ‘orang biasa’ dan dia perlukan bantuan, kalau seorang peguam...

Yusoff Rawther adalah ‘orang biasa’ dan dia perlukan bantuan, kalau seorang peguam menidakkan perwakilan semata-mata kerana ia melibatkan pihak tententu maka peguam tersebut tidak layak untuk menjadi peguam – Haniff Khatri

Umum tahu pengamal undang-undang tersohor negara, Mohamed Haniff Khatri Abdulla telah mewakili Muhammed Yusoff Rawther yang mendakwa telah dicabul dan wujur perlakuan tidak senonoh oleh Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Menjawab pertanyaan ramai kenapa beliau menerima menjadi peguam bagi mewakili Yusoff Rawther, Haniff Khatri berkata hakikat sebagai  seorang peguam wujud pihak yang hadir dan datang meminta bantuan berkaitan permasalahan mereka.

“Dari sudut perundangan melainkan ada sebab-sebab khusus yang menidakkan saya boleh ambil kes tersebut dari sudut kepentingan peribadi dalam subjek perkara atau perkara-perkara lain, saya tidak boleh menolak,” ujarnya.

Peguam terkenal ini turut memberitahu, Yusoff Rawther adalah ‘orang biasa’ dan kes ini melibatkan satu aduan terhadap pihak tertentu.

“Dia perlukan bantuan dan jika beliau betul untuk dibawa serta diketengahkan ke tahap siasatan pihak berkuasa.

“Kalau seorang peguam menidakkan perwakilan semata-mata kerana ia melibatkan pihak tententu maka peguam tersebut tidak layak untuk menjadi peguam, “ katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menerangkan tentang cakap-cakap ramai yang mempersoalkan ujian poligraf dan mengatakan tidak sah digunakan di dalam perbicaraan mahkamah.

“Kes-kes seksual ini, bukan berpandukan kepada satu keterangan sahaja malah ada pelbagai bentuk keterangan.

“Dalam kes-kes seksual, cabul dan sebagainya ia adalah di antara satu pihak dengan satu pihak lain. Bergantung kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan apakah hasil siasatan sama ada mereka ingin majukan kepada Peguam Negara (AG) atau tidak, itu kita akan ketahui kelak. Biar mereka selesaikan.

“Tapi isu poligraf tidak ada kena mengena sama ada ia ‘valid in court’ (sah di dalam mahkamah) atau tidak dan kenapa ia diadakan.

“Ujian poligraf adalah satu mesin yang wujud pada masa sekarang seperti wujudnya fingerprint, dna dan macam-macam teknologi lain dan poligraf adalah untuk menunjukkan sama ada kebolehkepercayaan atau tidak oleh mana-mana pihak,” katanya dalam temubual Bicara Najib Razak, tanpa gundah ganjara sempena sambutan Jubli Emas siri ke 50 setelah lebih 16 bulan berlangsung secara ‘live’ di Jom Channel melalui siaran Youtube.

Untuk rekod, Pada 9 Disember lalu, Muhammed Yusoff Rawther ditemani Mohamed Haniff Khatri hadir memberi keterangan di Bukit Aman selama lebih tujuh jam susulan akuan bersumpahnya.

Keesokannya, bekas penyelidik PKR itu hadir kali kedua untuk memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) yang mengendalikan kes itu.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim pula hadir ke Bukit Aman pada Khamis lalu bagi memberikan keterangan.

Muhammed Yusoff Rawther dilaporkan selesai menjalani ujian poligraf selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Terdahulu, polis mula menjalankan siasatan susulan berhubung laporan yang dibuat Muhammed Yusoff Rawther di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di Kuala Lumpur, yang mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap Presiden PKR.

Ahli Parlimen Port Dickson itu kemudian menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Muhammed Yusoff Rawther yang kononnya diperlakukan secara tidak senonoh oleh beliau pada 2 Oktober tahun lalu dan menyifatkannya sebagai fitnah tidak berasas.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments