Monday, May 13, 2024
HomeBERITA50 peratus rakyat Malaysia tidak patuh SOP ‘home quarantine’

50 peratus rakyat Malaysia tidak patuh SOP ‘home quarantine’

Bermula 10 Jun sehingga 22 Julai, seramai 23,457 rakyat Malaysia telah pulang melalui KLIA dan daripada jumlah itu, sebanyak 23,378 individu telah diperintahkan untuk menjalani ‘home quarantine’ dan 79 orang lagi telah dibawa ke hospital.

Memetik ucapan Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sebentar tadi, seramai 588 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air melalui pintu lapangan terbang antarabangsa KLIA dan KLIA 2 pada 22 Julai antaranya dari Hong Kong, Indonesia, Qatar, Singapura, Brunei, Nepal, UAE, Bangladesh serta India.

Menurut beliau, seramai 587 individu telah diperintah untuk menjalani kuarantin wajib di kediaman manakala seorang telah dihantar ke hospital.

Kerajaan juga memandang serius terhadap insiden ketidakpatuhan SOP ‘home quarantine’ yang menyebabkan penularan jangkitan COVID-19 kepada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.

Melalui laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 50% daripada rakyat Malaysia yang melakukan ‘home quarantine’ tidak mematuhi arahan yang diberikan.

Oleh kerana itu pihak kerajaan sepertimana yang diumumkan telah membuat keputusan untuk tidak lagi membenarkan ‘home quarantine’ dijalankan sebaliknya kuarantin secara wajib akan dijalankan di stesen-stesen kuarantin yang telah dikenalpasti oleh kerajaan samada di hotel mahupun Institut Latihan Awam.

Sesi kuarantin di pusat kuarantin ini akan berkuatkuasa mulai esok (24 Julai 2020), dan bagi sesiapa yang pulang ke Malaysia adalah diwajibkan menjalani prosedur Kuarantin Wajib 14 hari di Stesen Kuarantin samada yang tiba melalui laut mahupun darat.

Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (23 Julai 20201. Task Force Operasi Pematuhan-…

Dikirim oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada Kamis, 23 Juli 2020

Sejurus tiba di pintu masuk antarabangsa termasuk pintu udara dan darat, rakyat Malaysia akan dikenakan swab test dan dihantar ke stesen kuarantin yg ditetapkan

Walaubagaimanapun ianya masih tertakluk kepada peraturan saringan sebelum berlepas berdasarkan peraturan negara asal dan syarikat penerbangan.

Dari segi kos, ianya perlu ditanggung sepenuhnya oleh individu yang akan dikenakan kuarantin kelak yang mana merangkumi dua kos iaitu :

i) Kos harian
ii) Kos swab test

Mengenai penggunaan bilik pula, pihak berkuasa bersetuju membenarkan perkongsian bilik untuk satu keluarga termasuklah anak yang berumur 12 tahun ke bawah yang turut dibenarkan untuk berkongsi bilik dengan ibu bapa yang pulang dari tempat yang sama.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang ingin berkongsi bilik, pihak kerajaan perlu mendapatkan tandatangan persetujuan daripada individu berkenaan terlebih dahulu bertujuan supaya jika terdapat sebarang jangkitan, mereka yang terbabit telah memberi surat kebenaran kepada kerajaan untuk memulihkan mereka sekaligus bakal memahami akan risiko jangkitan sekiranya berbuat demikian.

Bagi pelajar tajaan, penaja-penaja diminta untuk membayar kos kuarantin pelajar yang terlibat dan bagi pelajar dari keluarga B-40 pula, mereka boleh memohon pengecualian bayaran daripada kerajaan.

Selain daripada itu, bagi Orang Kurang Upaya (OKU) pula, kerajaan telah bersetuju untuk mengecualikan mereka daripada dikenakan bayaran kos kuarantin.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments