Saturday, May 18, 2024
HomeBERITAKes Zayn Rayyan: Dua saksi kanak-kanak buat lakonan semula sekali lagi

Kes Zayn Rayyan: Dua saksi kanak-kanak buat lakonan semula sekali lagi

Di Petaling Jaya sepasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bukit Aman hari ini sekali lagi melakukan lakonan semula di tepi Blok R berhampiran kawasan penemuan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 tahun.

Pasukan forensik tiba di apartment itu kira-kira 11 pagi tadi sebelum seorang saksi kanak-kanak yang melihat Zayn pada petang kehilangannya melakonkan semula pergerakannya.

Lapor media pasukan forensik pada mulanya melakukan lakonan semula itu di dalam Blok R sebelum saksi kanak-kanak itu dibawa ke tepi tangga berhampiran belukar terbabit.

Bagaimanapun media hanya boleh mengambil gambar dan melihat dari jauh serta tidak dibenarkan menghampiri kawasan apartment itu.

Lakonan semula itu dijalankan berdasarkan dua saksi kanak-kanak yang juga rakan kepada mangsa masing-masing berusia enam dan sembilan tahun.

Lakonan semula itu dilaksanakan untuk mengesan sekiranya ada bukti-bukti baharu yang bermula dari anak tangga Blok R hingga menuju ke anak sungai lokasi mangsa ditemui.

Semalam polis mengesan dua lagi saksi kanak-kanak berkaitan kes bunuh Zayn Rayyan menerusi penyaringan beramai-ramai (mass screening) yang dijalankan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, setakat ini pihaknya sudah mengambil 86 keterangan dan akan ada lagi keterangan yang diambil sekiranya perlu.

Kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, kira-kira jam 10 malam Rabu lalu.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapos

 

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments