Saturday, July 27, 2024
HomeBERITAWow!!! Senarai gaji tertinggi pemain bola sepak Malaysia

Wow!!! Senarai gaji tertinggi pemain bola sepak Malaysia

1) Safiq Rahim 1.9 Juta

Pemain bola sepak profesional Malaysia, Safiq Rahim kini bermain untuk Melaka United dan pasukan kebangsaan Malaysia.

Bermain sebagai pemain tengah, Safiq dianggap antara pemain tengah terbaik dalam generasi seusianya.

Selama 13 tahun berkecimpung dalam sukan bola sepak Safiq turut menerima beberapa anugerah atas kejayaannya.

Empat tahun merangkul anugerah Pemain Tengah Terbaik Bola Sepak Kebangsaan bagi tahun 2011, 2012, 2015, 2016 dan dilabel sebagai Pemain Paling Berharga Piala AFC pada 2015.

2) Baddrol Bakhtiar 1.6 Juta

Pemain bola sepak profesional Malaysia bermain untuk pasukan Liga Super Malaysia Kedah dan pasukan kebangsaan Malaysia.

Baddrol diletakkan sebagai Pengatur Serangan (playmaker), sering juga dilihat bermain di bahagian sayap kanan dan sayap kiri.

Merupakan bekas anggota pemain Malaysia U-23 dan skuad Malaysia U-20, Baddrol dianggap sebagai pemain terbaik di kedudukan yang tepat Malaysia.

Mengetuai pasukan Olimpik Malaysia dan memimpin pasukan memenangi pingat emas pada Sukan Asia Tenggara 2011.

Dia juga menjaringkan tiga gol yang menyumbang kemenangan kali kedua berturut-turut.

3) Hadin Azman 970 Ribu

Bermain untuk Liga Super Malaysia Kedah FA dan Malaysia B-19 terutamanya sebagai pemain sayap.

Hadin memulakan kerjaya mudanya di CIMB-YFA Bintang Muda sebelum menandatangani untuk Harimau Muda B pada tahun 2012.

Mendapat pujian Pemain Terbaik Grand Prix Malaysia dan Pemain Terbaik Serantau di Piala Premier Manchenster United pada 2009.

4) Syafiq Ahmad 851 Ribu

View this post on Instagram

Always protect what you LOVE

A post shared by Muhammad Syafiq Bin Ahmad (@syafiq_ahmad20) on

Pemain bagi posisi hadapan (penyerang) untuk kelab Malaysia, Johor Darul Ta’zim II dan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Di peringkat kebangsaan, Syafiq dipanggil menyertai skuad bawah 23 tahun negara (B-23) pada 2015 sebelum bersama skuad senior kebangsaan sejak 2017.

Tahun lalu, Syafiq merupakan watak penting dalam kebangkitan Malaysia mengatasi Indonesia 3-2 pada aksi pembukaan pusingan kedua Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

5) Hazwan Bakri 851 Ribu

Berada di posisi pemain sayap atau penyerang untuk pasukan Johor Darul Ta’zim.

Pada 13 Disember 2016, Hazwan menandatangani kontrak dua tahun dengan Johor Darul Ta’zim dengan bayaran dianggarkan antara USD 60,000,000 dan USD 100,000,000.

Merangkul anugerah Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Berharga pada 2016 serta berjaya mengumpul rekod jaringan sebanyak 17 gol untuk pasukan Kuala Lumpur FA, 21 gol Harimau Muda A dan 36 gol bagi pasukan Selangor.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapostl

RELATED ARTICLES

3 COMMENTS

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments