Friday, October 4, 2024
HomeBERITAKerajaan pintu belakang adalah pengkhianat besar terhadap bangsa dan negara - Nga...

Kerajaan pintu belakang adalah pengkhianat besar terhadap bangsa dan negara – Nga Kor Ming

Hangat dan panas ekoran desas desus pembentukan kerajaan melalui gabungan baharu akan berlaku dalam waktu terdekat.

Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Agong DAP, Nga Kor Ming turut berkongsi menyatakan pandangannya berkenaan isu hangat yang sedang diperkatakan ramai.

Nga Kor Ming memuat naik entri di laman Twitter miliknya mempersoalkan pembentukkan kerajaan pintu belakang.

Menurutnya, satu-satu kerajaan yang sahih adalah kerajaan yang menang pada Pilihan Raya Umum dan mendapat mandat dari rakyat.

“Sesiapa saja yang cuba membentuk kerajaan pintu belakang dengan apa alasan jua adalah pengkhianat besar terhadap bangsa dan negara. Inilah erti demokrasi,” ujarnya.

Tambahnya, individu yang membentuk kerajaan “pintu belakang” tanpa mandat dari rakyat adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah disisi moral serta undang undang negara.

“Ini kerana negara kita adalah negara demokrasi berparlimen maka aspirasi dan mandat rakyat wajib dihormati oleh semua pihak,” ujarnya lagi.

Semalam sekumpulan Ahli Parlimen dari beberapa parti besar negara berkumpul di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

Namun setakat ini belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel Untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments