Tuesday, May 28, 2024
HomeBERITAHIBURANArtis Indonesia angkat sumpah Ahli Parlimen. Adakah artis Malaysia juga bakal dipilih...

Artis Indonesia angkat sumpah Ahli Parlimen. Adakah artis Malaysia juga bakal dipilih pada PRU-15?

Semalam politik Indonesia melakar sejarah dengan pengumuman 14 artis popular Indonesia iaitu Krisdayanti, Desy Ratnasari, Mulan Jameela, Rano Karno antara 575 Anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen Indonesia bagi sesi atau penggal 2019-2024, hari ini.

Krisdayanti, 44 dan Mulan Jameela, 40, memenangi pilihan raya Indonesia pada 17 April lepas, masing-masing mewakili anggota DPR Jawa Timur V dan Jawa Barat XI.

Memetik laporan media tempatan, artis- artis lain yang mengangkat sumpah hari ini adalah Eko Hendro Purnomo, Desy Ratnasari, Dede Yusuf Macan Effendi, Tommy Kurniawan, Primus Yustisio, Rieke Diah Pitaloka, Arzeti Bilbina, Rano Karno, Nurul Arifin, Farhan, Rachel Maryam Sayidina dan Nico Siahaan.

Persoalan kini, adakah trend pengundi di Indonesia yang mengundi para artis sebagai wakil rakyat bakal menjadi trend pengundi Malaysia pada Pilihanraya Umum ke-15?

Pada hemat The Malaya Post, Malaysia juga mempunyai ramai personaliti dan artis yang mempunyai pendidikan tinggi dan layak di angkat sebagai pemimpin.

Penglibatan Aishah contohnya atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin dalam politik bermula pada 2012 selepas menyertai PAS sebelum bertanding sebagai calon Parlimen Jempol pada PRU 2013 menentang bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.

Pada 2015, Aishah bersama-sama ramai lagi ahli PAS berhijrah ke AMANAH, susulan perpecahan dalaman parti itu.

Manakala Selebriti Popular Azwan Ali pula telah bertanding atas tiket bebas di Parlimen Bukit Antarabangsa menentang abangnya sendiri Dato’ Seri Azmin Ali pada PRU ke 14.

Azwan Ali @ Diva AA
Dayangku Intan
Herman Tino

Selain itu, Herman Tino dan Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid juga pernah bertanding untuk kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Walaupun ke semua tewas di tangan lawan masing-masing namun ia bukan pengakhiran bagi sebuah perjuangan.

Bak kata pemimpin German Empire Otto Von Bismarck, “Politik adalah seni serba mungkin”

Sama-sama kita nantikan.

SourceBernama
RELATED ARTICLES

1 COMMENT

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments