Tuesday, May 28, 2024
HomeBERITA"Gerakan "S4S", agen penghasut dan dalang pecah belah rakyat Sarawak" - Cucu...

“Gerakan “S4S”, agen penghasut dan dalang pecah belah rakyat Sarawak” – Cucu saudara Mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-4

Satu laporan polis telah dibuat oleh cucu saudara kepada Allahyarham Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman bin Ya’kub, Ketua Menteri Sarawak ke-3 dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-4 , Azizan Dato’ Abdul Manan terhadap gerakan “Sarawak for Sarawakians” S4S di Balai Polis Putra Heights Subang Jaya pada jam 11.05 malam tadi.

Laporan Polis oleh Azizan Dato’ Abdul Manan

Menurut Azizan ketika dihubungi The Malaya Post, gerakan S4S di percayai satu gerakan mencakupi agen penghasut yang berideologi extremis dan menanam sikap biadap kepada rakyat Sarawak.

Bimbang keadaan itu bakal menghancurkan keharmonian negeri Sarawak, beliau menggesa pihak polis menyiasat gerakan S4S ini dan mengambil tindakan dengan seberapa segera.

“Saya melihat posting tersebut ditulis oleh pemilik akaun yang bernama Shaow Tung Leong. Antara intipati posting tersebut adalah tindakan beberapa orang yang tidak dikenali di dalam video posting berkenaan telah menghina lagu negaraku dengan tidak berdiri sewaktu lagu negaraku didendangkan oleh penganjur majlis.

“Kesetiaan kepada negara oleh beberapa individu di dalam video ini amatlah diragui dan ditakuti mereka-mereka ini adalah musuh dalam selimut yang boleh mengancam keselamatan dan kestabilan negara” katanya kepada The Malaya Post.

Dalam pada itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato’ Huzir Mohamed ketika di hubungi The Malaya Post mengesahkan pihak polis telah menerima laporan berkenaan.

Kertas siasatan dibuka serta merta.

Dato’ Huzir Mohamed Pengarah JSJ PDRM foto: ProjekMM

Azizan, adalah anak kepada Datuk Paduka Aishah Zainab Mahmud yang juga adik kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud turut memohon satu tindakan tegas diambil ke atas individu yang tidak bertanggungjawab ini kerana mereka ini bukanlah mewakili suara majoriti rakyat Sarawak.

Hasutan mereka di khuatiri akan menjejaskan ketenteraman awam.

“Sebagai rakyat negeri Sarawak dan Malaysia yang terkesan dengan posting hasutan ini, saya memohon agar pihak Polis menyiasat pemilik akaun Facebook Shaow Tung Leong dan pelaku-pelaku lain di dalam video tersebut dibawah akta hasutan dan lain-lain akta berkaitan agar keselamatan dan ketenteraman awam dapat di jaga” kata Azizan.

Tambahnya beliau percaya S4S giat merancang dan menganjurkan program yang berbaur hasutan dengan cuba membakar kemarahan Rakyat Sarawak kepada penduduk Semenanjung Malaysia sekaligus menanam idealogi melampau supaya Sarawak terpisah dari Malaysia.

Ia dibuktikan dengan memainkan lagu “fairland sarawak” di setiap program mereka.

“Mereka perlu sedar, jika Sarawak tidak menyertai pembentukan Malaysia pada masa itu, barangkali sekarang kita di Sarawak sudah jadi salah semua wilayah Indonesia. Justeru, usah buat tindakan melulu, sila rujuk sejarah dan fahami mengapa pemimpin kita terdahulu lakukan sedemikian untuk Sarawak” tegas Azizan.

Untuk rekod, Allahyarham Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman bin Ya’kub adalah tokoh utama dari Sarawak yang dipilih Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj dalam usaha meyakinkan rakyat Sarawak, sekali gus mendapat sokongan padu rakyat negeri itu dalam pembentukan Malaysia pada 1963.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments