Ahad lalu, berlangsungnya Kongres Maruah Melayu yang bertemakan “Tanah Aku”.
Kongres ini adalah anjuran bersama empat buah Universiti Awam, iaitu Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ribuan Bangsa Melayu membanjiri Stadium Melawati.
Ketua Eksekutif Kongres Maruah Melayu, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling ketika dihubungi berkata, fokus cendikiawan terbabit kini terarah kepada pelaksanaan 5 kluster berkenaan.
“Kami puas hati dan kami akan sama-sama “follow up” status berkenaan, ia satu kemestian demi Bangsa Melayu”, katanya kepada The Malaya Post ketika dihubungi.
Dalam pada itu, beliau turut berasa gembira atas sambutan dan luapan semangat Bangsa Melayu.
Beberapa pemimpin politik turut hadir antaranya Presiden Pas Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
5 teras Kluster yang dibentangkan Cendikiawan di Kongres Maruah Melayu membabitkan 12 perbincangan dengan 360 pakar bidang-bidang berkenaan.
Antaranya Pembentangan Resolusi Kluster Budaya oleh Muhammad Za’im Rosli.
Menurut Kaunselor Universiti Putra Malaysia, kini wujud ketidakharmonian di mana bendera dihina, lagu negaraku juga tidak dihormati dan dendam tak sudah dikalangan rakyat semakin membara.
“Saban hari semakin jelas usaha mencampuri urusan Islam diketuai YDP Agong dan raja-raja Melayu.
Tulisan jawi tidak lagi dihormati tulisan rasmi Bangsa Melayu”, katanya.
Justeru, beliau menggesa pihak berkenaan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mencabar agama Islam.
Tambahnya kakitangan awam perlulah lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Melayu dan Jawi sahaja digunakan dalam urusan rasmi kerajaan.
Pembentangan Resolusi Kluster Ekonomi oleh Muhammad Syafiq Jebat juga tokoh siswa Kementerian Pendidikan Malaysia 2017.
Muhammad Syafiq yang juga adalah mahasiswa undang-undang Universiti Teknologi Mara, UITM dalam resolusi berkata kerajaan perlu merangka model ekonomi baharu khusus untuk Bangsa Melayu.
“Rezab Tanah Melayu harus dikawal dimajukan oleh Orang Melayu, di samping memfokuskan keusahawan melayu, teknologi tinggi serta ekonomi digital khusus Bangsa Melayu”, katanya.
Yang pasti kerajaan perlu meletakkan agenda melayu dengan jelas dan pelaksanaan Resolusi Ekonomi Bangsa Melayu perlu dipantau pelaksanaannya secara berskala oleh agensi kerajaan terbabit.
Pembentangan Resolusi Kluster Pendidikan, oleh Nurul Fatin Aqilah Rahim dari mahasiswi ijazah sarjana muda pendidikan jasmani UPSI.
Resolusi Pendidikan terarah kepada soal biasiwa dan pelaksanaan Sekolah satu aliran.
Sekolah satu aliran adalah kunci kepada perpaduan negara dan resolusi mencadangkan Sekolah satu aliran dilaksanakan sepenuhnya 6 tahun akan datang.
“Bermula tahun depan, kami mencadangkan supaya semua sekolah vernakular diwajibkan bertutur dan mengajar dalam bahasa Melayu.
Diikuti darjah dua dan seterusnya di mana pelaksanaan sekolah satu aliran akan lengkap menjelang 2026”, katanya.
Katanya, sekolah vernakular wajar dimansuhkan mulai 6 tahun akan datang.
Resolusi Kluster agama oleh YB Tuan Ahmad Fadhil Shaari pula mendesak jawatan utama dalam kerajaan perlulah dari kalangan Melayu, Islam dan berpegang kepada Assunah
Selain itu, Kluster politik pula dibentang Abdul Muqit Muhammad.
Menurut Felo Akademi pengajian Melayu Universiti Malaya, teras politik melayu kini tergugat
“Daripada penyelidikan, 60% Melayu percaya kerajaan Pakatan Harapan diperintah oleh DAP.
Pelbagai idealogi tak berasas dicanang untuk mengelirukan masyarakat Malaysia. Ia seperti Kedah tua sebenarnya dari India. Hang Tuah berasal dari China dan apabila ditanya sumber? Katanya dari group sebelah”, katanya.
Yang nyata pemimpin perlu bertanggungjawab kerana Melayu terbelakang.
“Kajian 11 thn lalu tanah rezab Melayu hanya tinggal 12% dan kini berapa pula yang tinggal?Kesalahan pada siapa ? Ada pemimpin kerajaan kata Melayu tak tolak ansur kalau orang melayu tak bertolak ansur tiada Cina Peranakan.
Inilah ketidaksiuman dalam negara. Dasar-dasar tidak berpihak kepada Melayu”, katanya.
Menurut Ketua Sekretariat Kongres, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling, 12 sesi perbincangan dibuat membabitkan 360 pakar terbabit dalam resolusi ini.
Resolusi itu diserahkan kepada Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamed pada Ahad lalu.
[…] 5 Kluster Resolusi Kongres Maruah Melayu bakal terlaksana? […]