Friday, July 26, 2024
HomeBERITAHampir 7,000 pengunjung lawati reruai Maritim Malaysia bersempena DSA, NATSEC 2024

Hampir 7,000 pengunjung lawati reruai Maritim Malaysia bersempena DSA, NATSEC 2024

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Dianggarkan lebih 7,000 pengunjung melawat reruai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 yang berlangsung selama empat hari di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC) yang bermula Isnin lalu.

Program yang berakhir semalam telah menerima sambutan yang memberangsangkan daripada pemain industri keselamatan tempatan serta syarikat terkemuka luar negara seperti United Kingdom, China dan Perancis.

Malah usaha Maritim Malaysia mengetengahkan penggunaan teknologi realitii maya atau ‘Virtual Reality’ sempena DSA dan NATSEC 2024 turut menarik perhatian agensi penguat kuasa luar negara seperti Turkiye dan Belanda.

Agensi – agensi berkenaan menyatakan rasa kagum dan berhasrat untuk menggunakan teknologi seumpama itu untuk kegunaan latihan maya dan perkongsian maklumat berkaitan peranan dan tanggungjawab Agensi kepada umum.

Dalam pada itu pameran DSA dan NATSEC 2024 turut membuka ruang kepada Maritim Malaysia dalam meningkatkan kerjasama antara agensi penguat kuasa luar negara melalui pertemuan bilateral yang diadakan sepanjang acara ini berlangsung.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments