Friday, July 26, 2024
HomeBERITASekatan akses portal berita tanpa notis dan sebab, bertentangan dengan jaminan kerajaan...

Sekatan akses portal berita tanpa notis dan sebab, bertentangan dengan jaminan kerajaan terhadap kebebasan media – MMJA

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Persatuan Kewartawanan Multimedia Malaysia memandang serius dan mengecam tindakan pihak berkuasa menyekat akses tanpa notis dan sebab ke atas portal berita dalam talian TV Pertiwi dan beberapa portal lain sejak kebelakangan ini.

Presiden Persatuan Kewartawanan Multimedia Malaysia, Nik Suryani Megat Deraman berkata tindakan itu bercanggah dengan tema sambutan Hari Kewartawanan Nasional HAWANA 2023 pada Mei lalu di mana Perdana Menteri dan kerajaan telah memberi jaminan kebebasan media kepada pengamal media di negara.

“Tindakan ini juga bercanggah dengan tema “Media Bebas, Tunjang Demokrasi” semasa sambutan Hari Kewartawanan Nasional HAWANA 2023 pada Mei lalu di mana YAB Perdana Menteri dan kerajaan telah memberi jaminan kebebasan media kepada pengamal media di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Jelasnya tindakan seperti ini juga dikhuatiri akan menjejaskan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media.

“Tindakan seperti ini juga dikhuatiri akan menjejaskan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media yang kini sudah berada di kedudukan 73 daripada 180 negara dengan skor 62.83”, katanya.

Justeru, Persatuan sekali lagi memohon pihak berkuasa agar menghormati serta memastikan pengamal media di negara ini di beri kebebasan dalam menjalankan tugas dengan berlandaskan etika kewartawanan sedia ada, selaras dengan jaminan dan dasar Kerajaan Perpaduan.

Portal berita TV Pertiwi disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), hanya dua hari selepas akaun TikToknya disekat kata Ketua Pegawai Operasi TV Pertiwi, Mohd Firdaus Salleh Hud kepada The Malaya Post.

Beliau menyifatkannya sebagai detik hitam dalam pentadbiran kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim meskipun seriang melaungkan kebebasan media dan kebebasan bersuara.

Bulan lalu, sebuah lagi laman sesawang hal ehwal semasa, UtusanTV, yang dikendalikan oleh bekas kakitangan syarikat media Utusan Melayu yang kini ditutup, turut disekat.

Turut disekat Jun lalu, portal berita MalaysiaNow.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata MCMC kekal teguh dan serius dalam menjalankan kewajipannya di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) bagi menghalang sebarang perlakuan atau percubaan melakukan kesalahan, terutamanya yang berkaitan dengan maklumat yang salah atau tidak tepat.

Dalam proses penilaian MCMC terhadap TV Pertiwi, MCMC berusaha untuk menjalankan tugas kawal selia dengan penuh bertanggungjawab.

“Sebarang tindakan yang diambil adalah tertakluk kepada siasatan bagi memastikan integriti dan keselamatan maklumat yang disebarkan melalui kandungan atau platform media berkenaan,” memetik kenyataan media.

MCMC berjanji akan sentiasa memelihara kedaulatan undang-undang dan menjaga kepentingan awam.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments