Sunday, May 19, 2024
HomeBERITAFakta menarik nutrisi pada setiap bahagian ayam

Fakta menarik nutrisi pada setiap bahagian ayam

Siapa yang tidak menggemari ayam? Tambahan pula ayam goreng, enak dimakan sehingga menjilat jari!

Dalam banyak-banyak bahagian ayam, bahagian mana yang anda paling suka?

Ada orang suka peha ayam, ada pula memilih bahagian dada. Malah, ada juga yang sukakan kaki ayam.

Tapi tahukah anda setiap bahagian ayam mempunyai nilai nutrisi yang berbeza?

Menerusi perkongsian Dhiera Zainudin di laman media sosial Facebook @Nutritionist Perak, ada dirungkaikan FAKTA menarik mengenai nutrisi pada setiap bahagian ayam. Jom kita baca.

1. Bahagian peha ayam (atau lebih dikenali sebagai chicken drumstick) dan bahagian atas peha ayam (atau lebih dikenali sebagai chicken thigh).

Kandungan lemak dan protein di bahagian peha adalah hampir sama.

Lemak untuk bahagian ini datang dari kulit yang melapisinya. Oleh itu, AWASI pengambilan kulit dari bahagian ini.

Manakala protein untuk bahagian ini adalah dari kepadatan otot yang tinggi kerana bahagian peha ayam ini adalah bahagian yang aktif bergerak bagi seekor ayam.

2. Bahagian dada ayam (lebih dikenali sebagai chicken breast).

Mempunyai kandungan protein yang tinggi dan rendah kalori jika dibandingkan dengan bahagian ayam yang lain.

Sebab itulah bahagian dada ini sangat popular di kalangan mereka yang ingin menurunkan berat badan dan juga ahli sukan yang ingin tubuh lebih berotot.

3. Kaki ayam.

Kaki ayam mempunyai peminat yang tersendiri. Ia mengandungi jumlah protein yang tinggi dan lemak yang kurang.

Oleh itu, kaki ayam selalunya dijadikan sebagai salah satu bahan untuk menghasilkan ‘bone broth’ atau sup tulang.

Ada kajian menunjukkan bahawa kaki ayam merupakan sumber kolagen yang baik.

4. Bahagian kepak.

Kepak mempunyai lebih banyak kulit dan tulang daripada daging atau otot.

5. Hati ayam.

Organ dalaman ini mempunyai jumlah protein yang tinggi dan lemak yang rendah.

Lazimnya, hati ayam dijadikan sebagai rencah dalam masakan sayur-sayuran.

Tahukah anda bahawa hati ayam juga merupakan salah satu sumber zat besi yang baik?

Dengan pengambilan satu ketul (2 lobar) hati ayam mampu membekalkan 10.7mg sumber zat besi.

Saranan pengambilan diet (RNI) zat besi di Malaysia bagi wanita dewasa sihat berumur 19 tahun keatas adalah 29 miligramg (mg) sehari.

Walaubagaimanapun, keperluan semakin meningkat jika seorang wanita itu hamil atau menyusu.

Manakala bagi lelaki dewasa sihat 19 tahun ketas adalah sebanyak 14 milligram (mg) sehari.

Jelaslah bahawa setiap bahagian ayam mengandungi kelebihan dan kekurangan dari segi nutrisinya.

Jadi, mana satu bahagian ayam yang anda akan pilih?

Yang rendah kalori tapi tinggi protein atau tinggi kalori, tinggi protein dan tinggi lemak?

Tepuk dada tanya selera.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Hari Raya sudah berlalu. Tapi Rendang Ayam masih lagi 'hot menu' sepanjang bulan Syawal ni kan? Mungkin untuk makan…

Posted by Nutritionist Perak on Wednesday, 3 June 2020

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments