Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITAAduh, idea tahap apakah ini? Luar biasa kreatif!

Aduh, idea tahap apakah ini? Luar biasa kreatif!

Menikmati makanan kudapan sambil menonton rancangan kegemaran memang ‘layan’ habis dan mengasyikkan.

Ada yang sukakan kudapan ringkas seperti kekacang dan kuaci yang memerlukan kulitnya dikopek.

Hati-hati, jangan sampai berterabur kulitnya, nanti habis bersepah maka bersedialah mendengar bebelan ibu atau isteri!

Menerusi perkongsian di platform media sosial Instagram, video seorang lelaki sedang leka menikmati kudapannya dengan menggantung plastik melalui telinganya.

Haha! Idea menarik ni! Tak perlulah risau kulit kacang dan kuaci akan berterabur lagi.

Selesai makan, terus saja ikat plastik dan buang ke tong sampah.

Tak pasti malas nak menyapu atau malas nak dengar bebelan, tapi boleh tahan juga idea ni! 😅

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments