Sunday, May 19, 2024
HomeBERITAKetahui khasiat buah limau kasturi

Ketahui khasiat buah limau kasturi

Selain enak dijadikan minuman, limau kasturi atau nama saintifiknya Citrus Microcarpa mempunyai pelbagai kebaikan.

Ianya kaya dengan vitamin C, Floretin-G, asid askorbik dan bersifat antioksidan. Jom kami kongsi tips yang mungkin bermanafaat buat anda.

1. Mewangikan rambut.

Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris. Gosokkan ke seluruh kepala dan biarkan beberapa minit. Kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

2. Mencegah dan mengurangkan kelemumur.

Ramas beberapa helai daun rambutan bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan tadi bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih. Lakukan seminggu sekali.

3. Tonik kecantikan kulit.

Jus limau kasturi yang disapu pada wajah dikatakan mampu menghilangkan jeragat dan mengatasi masalah jerawat disamping menghaluskan kulit.

4. Menghilangkan bau badan.

Cara pertama adalah dengan memerah dua biji limau kasturi ke dalam air mandian. Manakala, satu cara lagi adalah dengan menggosok limau kasturi yang telah dibelah dua terus pada kawasan yang berbau.

5. Ubat ketiak.

Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

6. Minuman kecantikan.

Kandungan asid askorbik atau vitamin C di dalam buah ini boleh menguatkan sistem kekebalan dan meningkatkan penghasilan kolagen dalam tubuh. Sebab Itulah ianya dipanggil minuman kecantikan.

7. Ubat pening kepala.

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

8. Ubat demam.

Petik 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

9. Ubat batuk.

Campuran limau, kicap dan garam diminum setiap pagi and malam agar batuk beransur pulih.

10. Ubat lelah.

Ambil sesudu madu, Sebaiknya madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minum campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Amalkan seminggu sekali walaupun tiada lelah.

11. Ubat kurus.

Perahan limau nipis dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Seeloknya, teh itu panas suam kerana kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan InsyaAllah perut yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

12. Kilatkan cermin mata kabur.

Cuci dan gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih-bersih kemudian lap dengan kain kering atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat dan jelas lebih lama.

13. Hilangkan minyak pada baju.

Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam. Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak dan biarkan 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti. Setelah itu, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain seperti biasa.

Semoga bermanfaat buat semua 🍋

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments