Saturday, May 18, 2024
HomePOLITIKGempar : Dato’ Seri Najib nikah lagi?

Gempar : Dato’ Seri Najib nikah lagi?

Realiti kehidupan bagi seorang ahli politik sama seperti selebriti mahupun artis yang menjadi kepunyaan ramai.

Tagline “Malu Apa Bossku” menjadi fenomena di kalangan masyarakat tidak kira umur, jantina mahupun bangsa.

Malah panggilan bossku amat terkenal dan mengecap populariti di segenap lapisan masyarakat tidak kira muda mahupun warga emas.

Bermula karier sebagai seorang ahli politik kini figura kegemaran ramai, Dato’ Seri Mohd Najib Razak memecah tradisi populariti seorang ahli politik persis artis popular!

Sejak beberapa hari lalu, riuh di laman media sosial dengan perkhabaran bekas Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib Razak didakwa bernikah dengan seorang wanita.

Facebook Sri Kandi Malaya

Perkhabaran ini mula tersebar di sosial media apabila tular gambar milik seorang wanita yang didakwa bekas pramugari dengan caption “Najib’s new sweet young wife. Married quietly in one of his brother’s house. Rosie must have given her consent otherwise this will not happen”.

Namun, menurut sumber rapat Datuk Seri Najib Razak, iaitu Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Dato Seri Jamal Yunos mendakwa ini semua hanya mainan Red Bean Army atau lebih dikenali sebagai RBA.

Setakat ini tiada penafian dan sebarang kenyataan dibuat oleh Dato’ Seri Mohd Najib berhubung perkara ini.

Agaknya bossku sudah mula lali dengan khabar angin yang mengaitkan dirinya dengan pelbagai kontroversi serta jentikan dari pihak berkepentingan.

–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

2 COMMENTS

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments