Thursday, October 3, 2024
HomeBERITAIkan bilis mata biru pembuka rezeki nelayan di Pulau Pangkor

Ikan bilis mata biru pembuka rezeki nelayan di Pulau Pangkor

Kalau anda ke Pulau Pangkor, antara buah tangan popular untuk dibawa pulang sudah tentu ialah ikan bilis mata biru bergred premium menjadi pilihan ramai.

Ikan bilis mata biru Pulau Pangkor adalah ikan bilis yang paling sedap, rasanya manis dan rangup. Ikan bilis berkualiti tinggi!

Anda ingin tahu kenapa ikan bilis ini popular dan sedap?

Jom ikut kami melihat bagaimana ikan bilis ditangkap, diproses seterusnya dijual.

Kami diberi kesempatan untuk turut serta bersama para nelayan menangkap ikan bilis mata biru.

Moh ikut kami melalui pengalaman sehari bersama nelayan.

Seawal jam empat pagi kami ke jeti untuk menaiki kapal nelayan bagi merasai sendiri pengalaman menangkap ikan bilis mata biru kegemaran ramai ini.

Lokasi untuk menangkap ikan bilis tidaklah jauh sampai ke tengah laut, lokasi menangkapnya berhampiran dengan pulau dan di sekeliling Pulau Pangkor.

Bukan senang ya menangkap ikan bilis ni. Tekong akan belayar disekeliling pulau untuk mengesan kumpulan ikan bilis dengan menggunakan radar.

Cakap-cakap nelayan, kalau nak tahu perkampungan ikan bilis perlu tahu tips nya.

Maklumlah, apabila sudah terbiasa dengan kerja menangkap hasil lautan, sudah pasti ada petua yang boleh dipraktikkan.

Dari jauh kita nampak seperti bayangan tompok hitam tapi sebenarnya disitulah tempat ikan bilis berkumpul.

Misi menjejaki ikan bilis diteruskan. Setelah tiga jam mereka mencari disekeliling pulau, tekong kapal berjaya mengesan sekumpulan besar ikan bilis.

Seperti kata pepatah, dimana ada gula disitulah ada semut menghurung.

Dalam satu masa kadang-kadang terdapat tigau atau empat kapal akan berada di lokasi yang sama.

Bunyi siren kedengaran, memberi isyarat kepada awak-awak (para pekerja/nelayan).

Apa lagi bertempiaran la awak-awak menurunkan pukat.

Masing-masing dengan tugasan yang telah dikhaskan.

Ada yang menarik tali, menjaga pukat yang diturunkan, yang terjun laut pun ada… Ini adalah bagi memastikan supaya semuanya berjalan lancar.

Kami pula dinasihatkan supaya tidak berada terlalu hampir semasa pukat diturunkan. Silap hari bulan mahu kami pun terjun sekali bersama pukat besar ini.

Melakukan kerja ini memerlukan tenaga yang kuat dan tekong yang berpengalaman untuk memastikan hasil yang diperolehi berbaloi.

Kerja-kerja menurunkan dan menaikkan hasil laut mesti dilakukan dengan pantas.

Punyalah banyak ikan bilis yang dapat ditangkap.

Menurut tekong kapal, hasil tangkapan boleh mencecah beberapa tan ikan bilis. Tapi ada juga tangkapan agak kurang. Namun ianya bergantung pada rezeki juga.

Ikan bilis yang berada di dalam pukat akan ditunda naik ke dalam kapal, lalu diletakkan disatu tempat untuk proses pengasingan.

Ikan yang besar akan diasingkan, manakala ikan yang kecil dan bukan dari spesis ikan bilis akan diasingkan juga bagi memastikan hanya ikan bilis mata biru sahaja yang berada di dalam bekas simpanan.

Ikan bilis mata biru disini pastinya segar.Apa tidaknya setelah pemilihan ikan bilis dilakukan, ikan-ikan terbabit akan terus direbus secepat mungkin untuk memastikan kesegarannya terpelihara.

Sementara awak-awak kapal membuat kerja masing-masing, tekong kapal akan mengemudi kapal  berpatah balik ke pengkalan bertujuan memastikan ikan bilis dapat dijemur secepat mungkin.

Kebiasaannya nelayan disini akan keluar dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan juga pada waktu petang.

Oleh kerana itulah ikan bilis Pulau Pangkor sentiasa segar dan bersih.

Ikan-ikan besar yang dipilih oleh chef kapal pula akan dimasak untuk sarapan para nelayan.

Menunya ringkas, ikan goreng dan sambal kicap bercili. Kami juga dipelawa bersarapan bersama anak-anak kapal.

Teruja pula dapat merasai ikan yang betul-betul segar. Dari pukat terus digoreng. Lain tau rasanya berbanding ikan yang sudah disimpan bersama ais.

Rasa manis isi ikan mampu menghilangkan kepenatan kami.

Ya la, tadi masing-masing berkejar ke hulu ke hilir demi merakamkan detik dan ‘shot’ yang terbaik untuk para pembaca juga penonton rancangan televisyen, ‘Moh Kenei Perak’.

Setelah sampai di pengkalan, kesemua hasil tangkapan akan dipunggah, dijemur dan selepas itu akan terus dijual kepada para pelanggan.

Fuh!!! Punya lah segar ikan bilis mata biru. Awal pagi dengan aktiviti memukat, sebelum tengahari dijemur, kalau ikan bilis dapat dikeringkan cepat, maka waktu petang hari sudah boleh dijual.

Beginilah rutin harian kehidupan seorang nelayan. Rezeki bergantung kepada hasil lautan.

Semoga para nelayan diberi kekuatan meneruskan perjuangan hidup.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments