Wednesday, July 17, 2024
HomeBERITAMB Pahang Zalim? Ini Faktanya..

MB Pahang Zalim? Ini Faktanya..

Oleh : Mohd Farid Mohd Nor

Semalam telah viral satu rakaman audio, dipercayai milik seorang wakil rakyat pembangkang , menyatakan Tok Wan selaku Menteri Besar Pahang, telah berlaku ZALIM dan tidak adil kepada pembangkang dan kawasan diwakili mereka.

Selain ZALIM, MB Pahang juga didakwa derhaka kerana tidak mematuhi titah Tuanku Sultan, walhal sebaliknya, dalam titah ucapan Tuanku baru-baru ini , Baginda menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar dan Kerajaan Negeri kerana telah mula menyalurkan peruntukan secara berperingkat kepada pembangkang.

Merujuk tuduhan ‘MB ZALIM’, tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah peradaban manusia, sejak zaman Firaun, Hitler, Pol Pot mahupun zaman Tun Mahathir yang pernah digelar Mahafiraun oleh PAS , pemimpin-pemimpin ini memberikan kemudahan atau peruntukan kepada mereka yang mendakwa diri mereka dizalimi.

MB Pahang bersama kira-kira 1,000 orang anak-anak Pahang di perantauan dalam Majlis Penyerahan Baucar Minyak Petrol / Diesel sempena Program Moh Balik Beraya ke Pahang, di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. 1 April 2024. Foto: Wan Rosdy bin Wan Ismailk

Ini berbeza dengan pembangkang di Pahang, dakwa dizalimi tetapi pada masa yang sama mengakui ada menerima peruntukkan tahunan dan juga peruntukkan belanja Ramadhan.

Menyentuh berkenaan rakyat yang diwakili pembangkang, di sini saya kongsikan sedikit fakta KEZALIMAN manusia yang bernama Wan Rosdy bin Wan Ismail.

1. Jumlah penerima Bantuan Prihatin Pahang Kluster Pelajar Tahun 1 , tahun 2023; DUN Jelai (BN) 535 orang berbanding DUN Beserah ( PN) memiliki 1,924 orang.

2. Jumlah penerima Bantuan Prihatin Pahang Kluster Mahasiswa , tahun 2023; DUN Padang Tengku (BN) , 267 orang berbanding DUN Pulau Manis ( PN) , 585 orang.

Dan

3. Jumlah penerima Bantuan Prihatin Pahang Kluster Penjaja Harian , tahun 2023 ; DUN Inderapura (BN) , 53 orang berbanding DUN Chenor (PN) , 113 orang.

MB Pahang berbuka puasa bersama kira-kira 800 orang Mahasiswa Anak Pahang di perkarangan Rumah Pahang, Yayasan Pahang, Kuantan. 29 Mac 2024. Foto: Wan Rosdy bin Wan Ismail

Statistik di atas membuktikan bahawa bukan sahaja rakyat di kawasan diwakili pembangkang tidak diabaikan malah jumlah yang menerima lebih banyak berbanding kawasan di wakili BN kerana pemberian bantuan diberikan atas dasar ‘kelayakan’ seperti yang telah disyaratkan oleh Kerajaan Negeri.

Sekiranya ini masih dianggap ‘ZALIM’ oleh pembangkang, saya kira Dewan Bahasa dan Pustaka sudah boleh memberi takrifan semula kepada perkataan ini.

Mohd Farid Mohd Nor
Setiausaha Politik kepada
YAB Menteri Besar Pahang

Infografik: FB Farid Nor

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments