Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAKebebasan media: Malaysia bukan lagi terbaik di Asean

Kebebasan media: Malaysia bukan lagi terbaik di Asean

Ini pula berita mengenai status kebebasan media di negara ini.

Malaysia berada di kedudukan 107 dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2024 kelolaan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF), Paris, merudum 34 tangga berbanding di tempat 73 tahun lalu.

Yang nyata, buat kali pertama dalam tiga tahun, Malaysia bukan lagi berada di kedudukan tertinggi untuk negara Asean apabila dipintas oleh Thailand (87).

Menurut indeks itu, ia berpunca daripada tindakan kerajaan menyekat laman berita yang mengkritik kerajaan.

Sekatan itu antaranya melibatkan UtusanTV yang digerakkan oleh bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) serta MalaysiaNow.

Malaysia kini berada di bersama kelompok negara seperti Maldives (106) dan Burundi (108).

Kedudukan bagi negara-negara lain di Asia Tenggara seperti berikut: Indonesia (111), Brunei (117), Singapura (126), Filipina (134), Kemboja (151), Laos (153), Myanmar (171) dan Vietnam (174).

Indeks RSF itu melibatkan 180 negara.

RSF ialah badan antarabangsa yang memantau kebebasan media di seluruh dunia.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments