Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAPersatuan Jom Cuci Masjid (JCM) sambung semula aktiviti amal dan kemasyarakatan

Persatuan Jom Cuci Masjid (JCM) sambung semula aktiviti amal dan kemasyarakatan

Program amal Jom Cuci Masjid (JCM) 2.0 diteruskan apabila memilih Masjid At-Taqwa Kongsi, Balik Pulau, Pulau Pinang lokasi siri ke-49 aktiviti kemasyarakatan sepanjang lebih 10 tahun penubuhannya.

Sekaligus ini aktiviti JCM yang ketiga, tahun ini, selepas berehat seketika pada Ramadan yang lalu.

Kali ini, peserta “Jom Cuci Masjid” berkumpul di kawasan parkir Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang untuk sesi pelepasan atau “flag off” peserta dan Bikers.

Program kali ini, terus menerima sambutan baik apabila disertai kira-kira 200 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara terutama dari Kuala Lumpur, Selangor, Perak termasuk dari utara.

Pulau Pinang sendiri diwakili oleh Kelab Utara Bikers.

Kira-kira jam 9 pagi, semua peserta tiba di lokasi ditetapkan iaitu di Masjid At-Taqwa Kongsi, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Hadir memeriahan aktiviti ini, Adun Pulau Betong, Haji Mohamad Shukor Haji Zakariah.

Dan seperti yang dirancang program kali ini lebih meriah kerana masih dalam suasana Aidilfiri iaitu 26 Syawal.

Kata orang, adalah juga baki-baki ketupat rendang, pada hujung-hujung raya ni.

Begitupun kedatangan kami, pagi ini, dijamu dengan menu istimewa mereka, sarapan pagi, “Megi Titi Mayat”.

Seperti kelaziman, sebelum memulakan aktiviti, peserta melakukan Solat Dhuha berjemaah.

Seterusnya, pembahagian tugas untuk kerja mengecat dan mencuci masjid oleh para peserta dan penduduk kampung terutama daripada kariah berkenaan.

Peserta juga turut membersihkan Tanah Perkuburan Islam, termasuk memotong rumput.

Selesai tugasan masing-masing, peserta berkumpul semula di perkarangan Tanah Perkuburan Islam, Qariah Masjid At-Taqwa Kongsi, Balik Pulau untuk sesi program ceramah dinamakan Bicara Santai.

Program ini, dikendalikan penceramah yang juga host program, Ustaz Hanafiah Abdul Malek, juga Presiden Sifu Bikerz.

Selesai program soal jawab ini, peserta serta Bikers bergerak semula ke Masjid At-Taqwa Kongsi, Balik Pulau untuk solat Zohor.

Selepas itu, semua yang terbabit dijamu dengan hidangan makan tengahari, nasi “Kandaq Kongsi”.

Dan sebelum program berakhir, JCM turut menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan asas kepada komuniti asnaf kariah Masjid At-Taqwa Kongsi, Balik Pulau.

Barangan ini, hasil sumbangan Pertubuhan Kebajikan RichWell.

Pertubuhan amal di bawah Richworks International Sdn Bhd.

Barangan ini termasuklah, beras, gandum, mihun, kicap dan rempah ratus.

Menurut Adun Pulau Betong, Mohamad Shukor Zakariah, mereka berbesar hati dapat bersama ahli JCM melakukan kerja amal dan kemasyarakatan.

“Jadi kita harap semoga program seperti ini dapat dibuat daripada masa ke masa, Insya Allah, sekiranya dilaksanakan secara berkala, kita sangat yakin program ini terus memberi faedah dan manfaat kepada seluruh ummah.”

Di majlis ini, Pertubuhan Kiswah Care serta Pertubuhan Addeen masing-masing turut menyumbang lima set kelengkapan jenazah kepada masjid ini.

Dalam masa yang sama, Zamzam D Berkat Enterprise, yang diwakili pengasasnya, Abdul Halim Mohammed@Omar, turut memetrai usahasama (MOU) dengan duta JCM, Ustaz Hanafiah Abdul Malek untuk tulisan khat.

Program berakhir kira-kira jam 3 petang.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments