Friday, May 17, 2024
HomeBERITACucu Perdana Menteri turut pilih 20022020 sebagai tarikh simbolik diijabkabulkan

Cucu Perdana Menteri turut pilih 20022020 sebagai tarikh simbolik diijabkabulkan

Bertarikh 20 Februari anak sulong Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Meera Alyanna telah diijabkabulkan dengan pasangan, Mohd Ezran Daud Cheah.

Majlis yang diadakan dengan penuh gilang gemilang turut dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat.

Ibu pengantin perempuan, Tok Puan Norzieta Zakaria turut berkongsi foto-foto kemeriahan majlis berkenaan di laman Facebook miliknya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan juga isteri Tun Dr Siti Hasmah turut hadir memeriahkan perkahwinan cucu beliau.

Untuk rekod, Meera Alyanna dan Mohd Ezran berkawan rapat selama lebih tiga tahun setelah berkenalan lebih kurang sepuluh tahun sebelum memutuskan untuk mengikat tali pertunangan pada 20 April tahun lalu.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel Untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments