Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITAHaniff Khatri gesa keadilan yang telus aduan Yusoff Rawther terhadap Farhash

Haniff Khatri gesa keadilan yang telus aduan Yusoff Rawther terhadap Farhash

Peguam Yusoff Rawther, Mohamed Haniff Khatri Abdulla menggesa keadilan yang telus berhubung saman anak guam beliau terhadap Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak kerana mencederakan ke atas dirinya, ditumbuk bertubi-tubi di pejabat majikan mereka di Bukit Gasing pertengahan Mei tahun lalu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah portal online, Free Malaysia Today (FMT) bertajuk “Polis panggil Yusoff Rawther, Peguam Negara arah siasatan baru terhadap pembantu Anwar.”

Laporan portal FMT menyatakan, pihak polis memanggil bekas pembantu penyelidik Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther, susulan arahan Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya membuka semula siasatan ke atas satu laporan yang dibuat terhadap seorang pembantu presiden PKR itu tahun lepas.

FMT difahamkan dan melaporkan bahawa polis diminta mengemukakan kertas siasatan kepada AGC hari ini sebaik sahaja mereka selesai mengambil kenyataan Yusoff.

Difahamkan juga bahawa satu siasatan baru dijalankan ke atas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizak Mubarak di bawah Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan berkait kesalahan intimidasi jenayah dan menyebabkan kecederaan.

“Polis memanggil bekas pembantu penyelidik Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther, susulan arahan Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya membuka semula siasatan ke atas satu laporan yang dibuat terhadap seorang pembantu presiden PKR itu tahun lepas.

“Siasatan itu diberi keutamaan dan (Peguam Negara) Tommy Thomas mahu kertas siasatan dikemukakan di Putrajaya hari ini tanpa lengah,” kata sumber dalaman yang maklum tentang perkembangan itu kepada FMT,” tulis beliau pada perkongsian di laman Facebook miliknya.

Yang menjadi persoalan, beliau memberitahu apabila timbul sumber berkata, wujud “kebimbangan” bahawa tokoh politik tertentu mempengaruhi siasatan sebelum ini.

“Beberapa orang pegawai paling kanan telah ditugaskan untuk mengendalikan kes ini,” katanya.

Dengan perkembangan ini, Haniff Khatri memandang serius laporan FMT berkenaan dan memohon demi keutuhan konsep kedaulatan undang-undang, usaha pihak polis dan pejabat Peguam Negara amat diperlukan untuk meneruskan siasatan lanjut dalam perkara ini ke tahap yang perlu untuk dimuktamadkan keputusannya.

Untuk rekod, Yusoff Rawther telah membuat laporan polis berhubung alegasi serangan fizikal yang mengakibatkan kecederaan kepada dirinya oleh Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang berlaku pada 16 Mei tahun lalu.

Dalam Sidang Media Haniff Khatri bersama Yusoff Rawther (di pejabat Haniff Khatri) pada 17 Januari baru-baru ini, orang ramai telah dimaklumkan bahawa memandangkan tiada apa-apa perkembangan maklumat berhubung siasatan pihak polis lanjutan daripada laporan polis yang telah dilakukan, maka beliau telah menulis kepada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya menurut peruntukan Kanun Acara Jenayah serta memohon makluman perkembangan siasatan terbabit pada 7 Januari lalu.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments