Wednesday, May 22, 2024
HomeBERITALTTE : Keputusan Tommy Thomas mengejutkan dan memalukan jabatan Peguam Negara -...

LTTE : Keputusan Tommy Thomas mengejutkan dan memalukan jabatan Peguam Negara – Haniff Khatri

Negara digemparkan dengan keputusan Jabatan Peguam Negara membuat keputusan memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, menegaskan keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap semua tertuduh dengan mana-mana 34 pertuduhan yang dihadapi mereka.

Beliau membuat keputusan itu mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkannya menjalankan kuasa budi bicara selepas menilai kes berkenaan mengikut undang-undang

Susulan itu, Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla tampil menyatakan pendirian berkaitan keputusan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas bersabit dengan pengguguran pertuduhan berkaitan dua belas lelaki Malaysia yang dituduh sejak 29 Oktober tahun lalu bersabit dengan aktiviti terrorisma.

Haniff Khatri berkata kuasa untuk membawa pertuduhan mahupun meneruskan pertuduhan jenayah adalah ditangan Peguam Negara dan beliau tidak menafikan perkara terbabit.

Beliau turut menyatakan beliau tidak begitu setuju dengan kandungan kesemua sebelas muka surat, 28 perenggan yang dinyatakan atau terkandung dalam kenyataan media di atas alasan-alasan yang akan beliau nyatakan.

“Yang pertamanya adalah nampaknya Tan Sri Tommy Thomas dia lebih mengkhususkan kepada kedudukan LTTE di Sri Lanka dan juga di European Union dimana Perdana Menteri Sri Lanka, Rajapaksa telah menyatakan di Parlimen Sri Lanka pada tahun 2011 bahawa “dari masa aktiviti keganasan berakhir pada Mei 2019 sehingga hari ini tidak ada laporan mengenai sebarang kegiatan pengganas” itu di Sri Lanka dan begitu juga di perenggan lapan pada Julai 2017 LTTE telah pun dibuang daripada senarai hitam terrorisma European Union oleh European Court of Justice di sana tapi kita berada di Malaysia dan di negara ini ia tertakluk kepada undang undang kita.

“Dimana seperti yang Tan Sri sendiri telah merujuk kepada peruntukkan khusus, Seksyen 66 B yang menyatakan apakah dia cara bagaimana sesuatu organisasi disenaraikan oleh Menteri Dalam Negeri sebagai organisasi terrorisma dan kalau kita lihat kenyataan itu walaupun ada Seksyen 66 capital B9 yang menyatakan perlu adanya review setiap enam bulan.

“Tapi kalau perkara itu tidak dibatalkan daripada jadual dan LTTE masih merupakan satu organisasi terrorisma didalam senarai tersebut, maka untuk seorang Peguam Negara menidakkan kedudukan senarai tersebut adalah seolah olah beliau mengambil tugasan Menteri Dalam Negeri itu adalah tidak betul,” tegas beliau ketika dihubungi The Malaya Post.

Berbicara lanjut, beliau menyatakan pandangan yang sepatutnya dilakukan oleh Peguam Negara adalah menasihati Menteri Dalam Negeri sekiranya beliau berpendapat bahawa LTTE bukan lagi suatu organisasi yang perlu dirisaukan sebagai terrorisma untuk menteri membatalkan terlebih dahulu.

“Jadi tidak boleh bagi saya seorang Peguam Negara mengatasi kuasa Menteri Dalam Negeri dan menidakkan hak Menteri Dalam Negeri yang masih menyenaraikan LTTE sebagai suatu organisasi terrorisma, itu yang pertama.

“Yang keduanya, apa yang beliau sentuh adalah apa yang berlaku di Sri Lanka yang diumumkan oleh Perdana Menteri Sri Lanka di sana dan European Union, tapi tidakkah kita masih ingat bahawa selepas kematian Prabhakaran dan selepas dilantiknya Selvarasa Pathmanathan sebagai ketua LTTE,   Selvarasa Pathmanathan  telah pun ditangkap di Malaysia, in fact secara khusus di Kota Damansara, pada bulan Ogos tahun 2009 iaitu selepas apa yang dikatakan sebagai penyerahan diri, LTTE di Sri Lanka pada bulan May 2009.

“Jadi bagaimana kita boleh mengatakan bahawa aktiviti LTTE sepenuhnya berhenti pada bulan Mei 2009?  Itu salah.  Fakta akan membuktikan bahawa Selvarasa Pathmanathan telah ditangkap oleh Pihak Berkuasa Malaysia dan diserahkan kembali untuk tujuan tindakan yang diperlukan kembali kepada pihak berkuasa Sri Lanka,” tambah beliau.

Menurutnya itu adalah fakta penting dengan menidakkan fakta seperti yang dirujuk oleh Peguam Negara.

“Yang ketiganya, jangan kita lupa walaupun suatu organisasi mungkin telah pun berhenti berfungsi ini tidak bermakna ada pihak-pihak yang bersimpati dengan perjuangan LTTE.

“Tidak memulakan dengan aktiviti tersebut, tidak mengaktifkan falsafah tersebut dan besar kemungkinan daripada siasatan dari pihak terorisme yang kita ada di PDRM mungkin telah mendapati keterangan-keterangan dan pendapat-pendapat seperti tersebut.

“Jadi bagaimanakah kita hendak mengatakan kalaulah LTTE telah menyerah diri di Sri Lanka maka tidak ada kemungkinan langsung kononnya aktiviti yang mirip kepada yang menyokong falsafah LTTE tidak mulakan semula, ujar Haniff Khatri.

Beliau turut menyatakan pandangan berdasarkan contoh sejarah dunia dimana perjuangan Nazi di Jerman yang bukan sahaja dibubarkan dan telah kalah teruk sewaktu perang sepatutnya tidak perlulah mana-mana pihak di satu dunia sensitif dengan lambang swastika (simbol nazi).

“Sensitif dengan ungkapan Heil Hitler dengan tangan itu semestinya, kenapa apabila perkara itu berlaku satu dunia mengatakan anti semitism, its wrong.

“Jadi anda lihat fakta ini, terorisme adalah lebih kompleks dan hanya ‘penciptaan’ ataupun pembubaran tetapi ia boleh diteruskan dari semasa ke semasa.

“Yang keempat, ada juga disentuh oleh Peguam Negara secara khususnya berhubung dengan tempoh masa yang telahpun berlaku atau berganjak daripada tarikh pertuduhan sudahpun lebih enam tahun menurut beliau ia tidak adil untuk membawa sesuatu yang ada? Saya agak hairan dengan pendapat ini sebab di dalam undang-undang jenayah tidak ada tempoh masa,” katanya bagi menyokong pandangan sebagai seorang pengamal undang-undang berpengalaman luas.

Beliau secara khusus merujuk Perenggan 13 kenyataan Peguam Negara mengatakan “dicatatkan enam orang tertuduh telah dipertanggungjawabkan atas kesalahan yang didakwa berlaku antara Mac dan Disember 2014 tetapi pihak pendakwa tidak menyedarinya untuk membebankan mereka tidak lama selepas kesalahan yang dikatakan telah dilakukan.

“Ia adalah bertentangan dengan kepentingan awam bahawa enam orang ini dibicarakan pada tahun 2020 atas kesalahan yang dikatakan dilakukan enam tahun sebelumnya.

“Kenyataan ini sangat berbahaya, yang merupakan aktiviti jenayah sebenarnya kita melihat pernyataan ini sekali lagi memandangkan politik semasa menyerang Barisan Nasional yang berlaku pada tahun 2013 dan 2014, anda mengatakan sama ada kepentingan awam atau tidak, jenayah adalah jenayah.

“Jika saya tidak salah Datuk Ayob membuat sidang akhbar pada bulan Oktober secara khusus menyebutkan bahawa dari siasatan awal mereka percaya bahawa itu adalah sasaran untuk ‘bom’ atau ‘mengancam’ keselamatan kedutaan Sri Lanka,” katanya.

Haniff Khatri turut mengakui keseluruhannya beliau  percaya kenyataan ini bukan hanya mengejutkan dirinya tapi ia juga meletakkan contoh-contoh yang mungkin membahayakan pada masa akan datang dan berharap perkara ini dapat dilihat semula dan diserahkan kepada budi bicara pihak pendakwaraya yang telahpun menerangkan pertuduhan berkenaan.

“Serta jangan lupa kalau ini adalah pendapat Peguam Negara bagaimanakah pegawai-pegawai di pejabat Peguam Negara yang telahpun membuat keputusan betul dan tepat untuk membawa pertuduhan pada bulan 10 dulu.

“Sangat tidak adil bagi Peguam Negara untuk meletakkan pejabatnya dalam keadaan yang memalukan dengan kenyataan mengatakan kedua-dua belas tertuduh dan kesemua pertuduhan terhadap mereka hendaklah digugurkan atas alasan-alasan yang diberikan,” ujar Haniff Khatri.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments