Tuesday, July 16, 2024
HomePOLITIKPeralihan Kuasa : Majlis Presiden sebulat suara setuju serah pada PM tentukan...

Peralihan Kuasa : Majlis Presiden sebulat suara setuju serah pada PM tentukan tarikh

Putrajaya 22 Feb : Majlis Presiden Pakatan Harapan sebulat suara menyerahkan kepada Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menentukan tarikh peralihan kuasa selepas APEC nanti.

“Saya berasa bangga, akhirnya semua diserah kepada saya apa yang saya kata mereka turut. Saya kata peralihan akan berlaku lepas APEC. No time no date no nothing only lepas APEC. Terpulang pada saya nak lepas atau tak nak lepas. Itu lah kepercayaan parti pada saya, Alhamdulillah”, tegas Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas mempengerusi mesyuarat majlis presiden malam ini di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya.

Tambah Tun Dr. Mahathir, mesyuarat itu juga tidak membincangkan berkenaan rombakan kabinet.

Selain itu ujar Perdana Menteri, Majlis Presiden PH turut membincangkan perihal pilihanraya Sarawak.

“Kami bincang pilihanraya di Sarawak kita tentu calon kita supaya mereka tak berlawanan antara parti komponen dan parti komponen. Kita adakan konvensyen dan ini belum ditentukan tarikh”, tambah Tun Dr. Mahathir.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyuddin Yassin, Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng

–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments