Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITAKhasiat bendi yang tidak diketahui ramai

Khasiat bendi yang tidak diketahui ramai

Bendi dikategorikan sebagai “superfood” kerana memiliki komposisi nutrien pelbagai dan dos yang sesuai bagi sumber Vitamin A & C.

Antara khasiatnya ialah mampu merawat kencing manis atau diabetes serta sebagai pembunuh kanser payudara.

Kacang bendi baik untuk pembentukan tulang (kalsium), mengawal keseimbangan air badan dan fungsi jantung (kalium), baik untuk penjagaan mata, jantung dan kecantikan kulit (vitamin A) dan meningkatkan imun badan dan antioksida (vitamin C).

✔ Mencuci hati

✔️ Melawaskan pembuangan air kecil

✔️ Mengurangkan bengkak atau radang

✔️ Mengurangkan masalah susah bersalin

✔️ Mengubati penyakit kornea dan sifilis

✔ Menstabilkan kandungan gula dalam darah

✔ Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar

✔ Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama dalam kalangan warga tua

✔ Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus

✔ Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa

✔ Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi

✔ Sifat yang beralkali membantu meneutralkan asid dalam badan sekali gus membantu mengurangkan masalah penghadaman

✔ Membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong dan kesakitan pada dubur

✔ Air rebusan bendi boleh mengenyahkan toksik di samping menstabilkan paras gula dan mencegah diabetes.

Rendam dua batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air selama semalam dengan gelas ditutup.

Amalkan minum air rendaman tersebut selama dua minggu sebelum sarapan kerana dikatakan mampu memberikan hasil yang sangat baik untuk kesihatan badan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments