Saturday, July 27, 2024
HomeBERITAJom kenali makanan unik tradisi Sabah dan Sarawak

Jom kenali makanan unik tradisi Sabah dan Sarawak

Negeri Sabah dan Sarawak mempunyai keunikan budaya dan keistimewaan cara hidup yang tersendiri.

Selain mempunyai banyak destinasi cantik untuk dilawati, keaslian dan keunikan makanan di kedua-dua negeri ini juga menarik perhatian para pelancong.

Jom kita kenali makanan unik tradisi Sabah dan Sarawak!

Mungkin para pembaca berminat untuk menikmatinya apabila berkunjung di kedua-dua negeri ini.

1) Tebaloi

Sejenis biskut diperbuat daripada sagu dan merupakan makanan tradisional masyarakat Melanau.

Makanan ini banyak dieksport ke luar negara dan merupakan salah satu makanan tradisional sarawak yang mempunyai permintaan yang tinggi.

2) Ambuyat

Ambuyat sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit.

Ambuyat atau kadangkala dikenali sebagai linut ialah merupakan makanan tempatan di Labuan dan negeri-negeri Borneo seperti Sarawak dan Sabah.

Ia dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos.

3) Laksa Sarawak

Laksa Sarawak makanan tradisional yang sememangnya popular di Sarawak.

Ia berbeza dengan laksa-laksa yang terdapat di Semenanjung serta bahan-bahan yang digunakan juga amat berbeza dan ketara.

Rasa kuahnya rasa lemak, manis dan pedas dan bahan yang terdapat dalam laksa sarawak adalah bihun, isi ayam yang dicarik-carik, udang, tauge dan hirisan telur goreng.

Untuk menambahkan lagi rasa kepedasan boleh dihidangkan bersama sambal dan limau kasturi.

4) Peganan

Kuih tradisional kaum Iban yang sangat popular dan sering menjadi makanan wajib ketika perayaan hari Gawai.

Ianya diperbuat daripada tepung beras dan beberapa bahan lain sebelum dijadikan doh untuk digoreng.

Rasanya kenyal dan manis.

5) Barabbo

Salah satu makanan tradisional masyarakat atau suku kaum Bugis di Sabah terutamanya di daerah Sandakan dan Tawau.

Barobbo atau dikenali masakan bubur nasi jagung biasanya di masak bersama jagung pulut.

Namun pada masa kini ia banyak di masak dengan menggunakan jagung manis.

Barobbo biasanya di masak pada hari cuti di hujung minggu ketika ahli keluarga berkumpul dan ia lebih sedap di makan ketika masih panas.

RELATED ARTICLES

2 COMMENTS

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments