Saturday, July 27, 2024
HomeBERITAKurang bersetuju dengan penggabungan UMT dan UniSZA, Prof Dato’ Dr Nor Aieni...

Kurang bersetuju dengan penggabungan UMT dan UniSZA, Prof Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar diarah bercuti serta merta

Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar dikhabarkan telah diarah bercuti serta merta bermula bulan ini.

Menurut sumber dalaman UMT, difahamkan kontrak perkhidmatan Prof Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar akan tamat pada April tahun hadapan.

Tindakan itu dikatakan mempunyai perkaitan dengan tindakan beliau yang dilihat kurang bersetuju dengan keputusan Kementerian Pendidikan yang mahu menggabungkan UMT dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Untuk rekod, Prof Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar dilantik sebagai Naib Canselor UMT bermula 13 April 2015.

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments