Friday, July 19, 2024
HomeBERITAHIBURANJenazah Alif dikebumi esok selepas bedah siasat

Jenazah Alif dikebumi esok selepas bedah siasat

Kuala Lumpur : Jenazah Allahyarham Muhammad Syakir Alif Johan yang juga anak kepada penyanyi tersohor, Nora Ariffin akan dikebumikan esok selepas solat Zohor.

Menurut Nora, jenazah anakandanya akan terlebih dahulu menjalani proses bedah siasat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada sebelah pagi.

“Assalammualaikum semua… maklumat terkini esok anak saya akan dipost-mortem dulu… Insya-Allah lepas selesai, lepas Zohor jenazah anak saya akan dibawa ke masjid Kampung Tunku… Insya-Allah,” kata Nora ketika berkongsi perkara itu di facebook peribadinya.

Jelasnya, jenazah Allahyarham Alif akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur berdekatan dengan pusara suaminya, Allahyarham Johan Nawawi.

Allahyarham Alif, 20 tahun, menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke PPUM pada pagi Sabtu.

Alif sebelum itu dilaporkan rebah di kediaman keluarganya di Petaling Jaya, Selangor.

Nora berada di Singapura ketika menerima khabar duka pemergian anak keduanya itu.

Sejurus dimaklumkan mengenai pemergian Alif, Nora segera kembali ke tanah air.

Pada 24 Mac 2017, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin kehilangan suaminya, Allahyarham Johan Nawawi yang juga seorang komposer ternama tanah air.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments