Saturday, May 18, 2024
HomeBERITA Dua saksi kanak-kanak buat lakonan semula sekali lagi bantu siasatan kes...

[TMP TV] Dua saksi kanak-kanak buat lakonan semula sekali lagi bantu siasatan kes Zayn Rayyan

Di Petaling Jaya sepasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bukit Aman hari ini sekali lagi melakukan lakonan semula di tepi Blok R berhampiran kawasan penemuan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 tahun.

Pasukan forensik tiba di apartment itu kira-kira 11 pagi tadi sebelum seorang saksi kanak-kanak yang melihat Zayn pada petang kehilangannya melakonkan semula pergerakannya.

Lapor media pasukan forensik pada mulanya melakukan lakonan semula itu di dalam Blok R sebelum saksi kanak-kanak itu dibawa ke tepi tangga berhampiran belukar terbabit.

Bagaimanapun media hanya boleh mengambil gambar dan melihat dari jauh serta tidak dibenarkan menghampiri kawasan apartment itu.

Lakonan semula itu dijalankan berdasarkan dua saksi kanak-kanak yang juga rakan kepada mangsa masing-masing berusia enam dan sembilan tahun.

Lakonan semula itu dilaksanakan untuk mengesan sekiranya ada bukti-bukti baharu yang bermula dari anak tangga Blok R hingga menuju ke anak sungai lokasi mangsa ditemui.

Artikel penuh:

Kes Zayn Rayyan: Dua saksi kanak-kanak buat lakonan semula sekali lagi

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments