Persatuan JCM akhiri aktiviti amal untuk tahun 2023

0

Program amal dan kemasyarakatan, Jom Cuci Masjid atau JCM, diteruskan apabila kali ini, memilih Masjid Kampung Tebuk Mufrad, Sungai Ayer Tawar, Sabak Bernam, Selangor.

Sekaligus sebagai lokasi edisi kali ke-46 aktiviti persatuan itu sepanjang penubuhannya, serta aktiviti terakhirnya sebagai menutup kalender 2023.

Hujan lebat sejak petang semalam, sekadar merancakkan lagi program kali ini.

Seawal jam 8.30 pagi, peserta JCM sudah mula berkumpul di Dataran Masjid Ubudiah Simpang 4, Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam Selangor untuk upacara “flag off peserta dan bikers.

Program kali ini, terus menerima sambutan baik apabila disertai lebih 100 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara terutama dari Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Johor dan Selangor.

Dan kira-kira jam 9 pagi, semua peserta tiba di Masjid Kampung Tebuk Mufrad, Sungai Ayer Tawar, Sabak Bernam, untuk berehat sebentar sambil menikmati sarapan pagi yang dinamakan “Punten Tebuk” sambil beramah mesra dengan penduduk di kariah ini.

Sebelum memulakan kerja pembersihan dan mencuci, peserta turut melakukan Solat Dhuha dan secara kebetulan, ada anak kariah di Masjid ini yang meninggal dunia kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia lewat petang semalam.

Kemudian, jenazah disolatkan di Masjid Tebuk Mufrad ini.

Program JCM melakukan sedikit perubahan apabila turut serta dengan urusan solat jenazah di masjid, pengkebumian dan talkin yang diuruskan dilaksana oleh pihak masjid.

Manakala pihak kariah turut membantu membuat keranda di masjid serta urusan pengkebumian.

Selepas talkin, kerja pembersihan dilakukan oleh peserta program.

Dr Jamil Adimin, Nazir Masjid Kg Tebuk Murfad

“Terima kasih kpd JCM, kerana membantu termasuk sama-sama menguruskan solat jenazah, pengebumian dan sebagainya.

“Jcm dapat menarik golongan peserta wanita, sekaligus memeriahkan lagi program ini. Sekaligus dapat membuat amalan dengan membersih masjid.

“Program kemudian, diteruskan dengan “Bicara Santai”.

Zainu Othman, Peserta JCM

Program ceramah serta sesi soal jawab ini, dikendalikan oleh Ustaz Hanafiah Abdul Malek, yang juga Presiden Sifu Bikerz.

Selesai, peserta serta penduduk, bergerak semula ke Masjid Kampung Tebuk Mufrad, untuk menikmati makan tengahari istimewa iaitu Nasi Ambeng Mufrad,

Di penghujung program, JCM, seperti biasa, turut menyampaikan barangan keperluan asas kepada komuniti di sini termasuk beras.

Aktiviti program ini, berakhir kira-kira jam 3 petang.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply