Saturday, May 18, 2024
HomeBERITAJENAYAH"Satu tuduhan berat, percaya SD di draf pihak lain" - Datuk Hazman,...

“Satu tuduhan berat, percaya SD di draf pihak lain” – Datuk Hazman, Peguam Azilah

Peguam Bekas Anggota Unit Tindakan Khas Polis Diraja Malaysia, Azilah Hadri, Datuk Hazman Ahmad percaya surat akuan bersumpah yang didakwa dibuat oleh anak guamnya telah didrafkan oleh individu tertentu bagi pihak Azilah, bukan dari pihak beliau.

The Malaya Post difahamkan bahawa permohonan semakan semula terhadap penghakiman Mahkamah Persekutuan telah difailkan pada Oktober lalu.

Namun beliau sendiri tidak mengetahui peguam mana yang telah dilantik Azilah memfailkan permohonan semakan terbabit.

“Saya difahamkan permohonan semakan semula terhadap penghakiman Mahkamah Persekutuan telah dibuat tetapi saya pun tak tahu siapa peguam yang failkan.

“Memang berat tuduhan ni. Somebody drafted for him” kata beliau.

Perkara itu dinyatakan secara eksklusif kepada The Malaya Post sebentar tadi.

Jelas Datuk Hazman, tuduhan seperti mana dinyatakan dalam pengakuan Azilah terbabit disifatnya satu tuduhan berat terhadap bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Razak.

Pun begitu katanya berdasarkan situasi atau perkembangan politik terkini, semua sahaja boleh dibuat untuk menjatuhkan seseorang.

“Melihat situasi perkembangan politik kini, semua boleh buat untuk jatuhkan seseorang. Saya sendiri pun terkejut tadi bila dapat tahu”, katanya.

Untuk rekod, Datuk Hazman Ahmad adalah Peguambela Cif Inspektor Azilah semasa beliau di dakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Kali terakhir mereka bertemu adalah pada Januari 2016 di mana beliau bertindak sebagai peguam Azilah dalam permohonan untuk mendapatkan pengampunan dari Sultan Selangor.

Siang tadi negara dikejutkan dengan penyebaran SD yang ditandatangani oleh Azilah Hadri.

Antara intipati SD berkenaan Azilah mendakwa Dato’ Seri Najib telah mengarahkannya untuk menjalankan operasi sulit untuk tangkap dan hapuskan Altantuya Shaariibuu dengan “shoot to kill” dan musnahkan mayatnya.

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments