Monday, May 20, 2024
HomeBERITAHIBURANGegar Vaganza 2019 : Hady Mirza ungguli carta teratas GV manakala Wann...

Gegar Vaganza 2019 : Hady Mirza ungguli carta teratas GV manakala Wann dan Norsheila Amin terpaksa akur, tersingkir di separuh akhir

Konsert separuh akhir Gegar Vaganza 2019 Ahad lalu menyaksikan Hady Mirza mengungguli tangga teratas carta manakala Wann dan Norsheila Amin pula terpaksa akur dengan keputusan juri.

Wann dan Norsheila yang masing-masing memperolehi markah 57% dan 52% akhirnya tersingkir di separuh akhir.

Ini bermakna 6 peserta layak ke peringkat akhir yang dijadual berlangsung pada 22 Disember ini.

Di bawah adalah kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan oleh juri berkenaan.

1. Hady Mirza – All My Life & Takdir Tercipta (Dia Fadilla) (82%)

Foto Instagram Astro

Hetty Koes Endang: Lagu pertama kamu masuk terlalu awal selepas intro. Groove sudah dapat. Lagu duet, emosinya kamu kaIah dengan Dia. Overall aman.

M. Nasir: Kemana kamu pergi selama ini? Ini juga patut dibela. Kamu overconfident sikit, dia memberi tetapi tak memberi kita.

2. Naqiu – Always & Hanya Namamu (Azmi Saat) (77%)

Foto Instagram Astro

M. Nasir: Saya dah jadi peminat Naqiu. Sebelum ini saya tak dapat kod dia tetapi dia tunjukkan sesuatu yang lama saya nantikan. Persembahan malam ini tak sempurna. Lagu pertama tak berapa sure dan masuk pun masuk keras. Perlu ada dinamika.

Hetty Koes Endang: Jangan terbawa dengan rakan duet. Lebih bagus lagu kedua. Fighting spirit saya suka! Ambil lagu pakai gitar lepas ni.

Ramli MS: Patut bela budak ni. Dia seorang yang gifted!

3. One Nation Emcees – Seribu Tahun & Drama (Lan Solo) (71%)

Foto Instagram Astro

Hetty Koes Endang:  Penampilan kalian seperti drama muzikal. Hidup sekali. Lagu pertama, kita nyanyi seperti bercerita namun Mimi kurang bercerita. Sabhi pula bagus sekali.

Lagu kedua pula berhati-hati ketika rap. Overall saya suka! Well done!

4. Nurfatima – Kau Pergi Tanpa Pesan & Kali Pertama (Noryn Aziz) (67%)

Foto Instagram Astro

M. Nasir: Saya suka suara anda, ada tone tapi lebih kepada muzik pop & RnB. Overrall anda tak memiliki lagu ni lagi, mungkin kerana terlalu gementar dan terlalu fokus pada senikata. Kalau buat persembahan apa yang menarik orang menonton?

Apa yang saya lihat teknikalnya anda tahu, lagu pertama tadi tahu mana nak lenggok terapi perlu lenggok ketat sikit. Tak boleh terlalu loose.

5. Jatt – Zakia & Ku Miliki Bayangmu (Zur Eda) (61%)

Foto Instagram Astro

Hetty Koes Endang: Saya percaya lagu ini setengah m@ti beratnya tetapi kamu kurang manfaatkan. Sepatutnya kamu ambil permulaan ghazal dan jangan terlalu cepat turun dari kerusi. Saya lebih suka lagu kedua lebih relaks.

6. Sham Visa – Usang & Permata Untuk Isteriku (Kopratasa) (60%)

Foto Instagram Astro

Ramli MS: Hari ni kamu nyanyi, lain daripada 9 minggu. Lagu mula2 okey, harmoni pun okey. SiIap kurang sangat hari ni. Ada satu bahagian plastik, terlalu banyak tak semulajadi. Rasa plastik dengan bini. I’m very happy for you.

Hetty Koes Endang: Puisi tadi terllau lembik bagi seorang lelaki.

7. Wann – Ku Gembira Di Sampingmu & Dua Insan (Zarul Umbrella) (57%)

Foto Instagram Astro

M. Nasir: Lagu ni agak mudah dan saya tak nampak ‘wow factor’ itu walaupun tak banyak kesaIahan. Persembahan anda okey-okey, sederhana.

Hetty Koes Endang: Yang kita inginkan sesuatu yang betul-betul kamu sampaikan lebih total lagi. Apa yang saya lihat kamu masih konsisten, tak ada sesuatu yang disampaikan sampai saya kagum. Kamu punyai suara yang unik tetapi kurang versatil.

8. Noorshila Amin – Kerna Terpaksa & Dialah Di Hati (Ifa Raziah) (52%)

Foto Instagram Astro

Ramli MS: Saya suka feel lagu pertama kamu, sebutan S pun sudah okey. Tetapi tempo tak bagus, anda cenderung ‘laid back’ dan lirik tertinggal.

Lagu duet itu seperti battle song. Sepatutnya lagu duet adalah dua suara menjadi satu.

Hetty Koes Endang: Lagu duet sepatutnya ada chemistry dan harmoni. Eg0 kita pun harus bunvh dan saling membantu. Saya rasa malam ini anda gagal. Tetapi penghayatan lagu solo anda baik.

M. Nasir: Anda ada masaIah dengan low note, memang saya yakin susah sikit nak jaga pernafasan dengan usia kita sekarang.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments