Sunday, May 19, 2024
HomeBERITAKutipan Jumanji The Next Level tertinggi, kalahkan Frozen II dan Knives Out

Kutipan Jumanji The Next Level tertinggi, kalahkan Frozen II dan Knives Out

Jumanji : The Next Level pecah rekod meraih kutipan RM248 juta pada hari pertama tayangan di Amerika Utara.

Filem Jumanji yang dibintangi Jack Black, Dwayne ‘The Rock’ Johnson dan Kevin Hart itu mengisahkan sekumpulan sahabat baik kembali menyelami pengalaman berbahaya dan unik menerusi permainan Jumanji.

Sekaligus filem terbaru terbitan Sony Pictures Releasing ini berada dikedudukan pertama dan kita mengalahkan Frozen II.

Filem siri animasi terbitan Disney, Frozen II yang berkisar tentang sebuah negara yang penuh keajaiban milik dua beradik perempuan, Ratu Elsa dan adiknya, Puteri Anna pula memungut RM79.5 juta untuk tempoh tayangan selama tiga hari.

Berada ditangga ketiga adalah misteri pembunuhan, Knives Out dengan kutipan berjumlah RM38.5 juta.

Filem terbabit dibintangi pelakon handalan, Daniel Craig selaku detektif yang diupah oleh seorang pelanggan yang tidak dikenali, bagi menyelesaikan misteri pembunuhan seorang individu kaya.

Tempat keempat menjadi milik filem terbaharu terbitan Warner Bros, Richard Jewell iaitu imbasan semula kisah seorang pengawal keselamatan yang dituduh terbabit dalam pengeboman Sukan Olimpik 1996 di Atlanta.

Filem tersebut hanya mengutip kutipan sebanyak RM20.7 juta sahaja dan merupakan pembukaan terburuk untuk filem arahan pelakon dan pengarah Clint Eastwood setakat ini.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments