Sunday, May 19, 2024
HomeBERITAIngkar PKP, penjawat awam berisiko dikenakan tindakan tatatertib

Ingkar PKP, penjawat awam berisiko dikenakan tindakan tatatertib

Anda merupakan seorang pegawai awam?

Keluar rumah tanpa sebab semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

Anda berisiko dikenakan tindakan tatatertib. Ingat, berfikir sebelum bertindak!

Sebelum ini kerajaan telah mengingatkan kepada semua pegawai awam supaya sentiasa mematuhi arahan PKP.

Pegawai awam dikehendaki menjaga nama baik perkhidmatan dan tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang dilarang sepanjang tempoh PKP dijalankan.

Tindakan undang-undang akan diambil jika disabitkan kesalahan melanggar PKP mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993].

Penjawat Awam berisiko dikenakan tindakan tatatertib KELUAR RUMAH TANPA SEBAB SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN. #KitaJagaKita #DudukRumah #Stayathome #COVID19

Dikirim oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada Rabu, 22 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments