Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAMohon melalui aplikasi Gerak Malaysia atau lapor ke balai polis jika mahu...

Mohon melalui aplikasi Gerak Malaysia atau lapor ke balai polis jika mahu pulang ke rumah

Seperti yang diumumkan oleh kerajaan, rakyat yang ingin pulang ke rumah masing-masing boleh membuat permohonan melalui aplikasi ‘Gerak Malaysia’ mulai 1 Mei.

Menerusi aplikasi berkenaan, mereka yang mendaftar perlu mengisi setiap maklumat dengan lengkap seperti nama, jumlah keluarga yang ingin pulang, lokasi semasa dan sebagainya secara terperinci.

Manakala, bagi mereka yang tiada kemudahan internet boleh membuat pendaftaran di balai polis berhampiran dengan menghubungi balai berkenaan dan membuat temujanji terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, keputusan pergerakan hanya akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) setelah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dijangka pengumuman dibuat selepas 1 Mei 2020.

ORANG RAMAI YANG BALIK KAMPUNG DAN KINI INGIN KEMBALI BOLEH MOHON MELALUI APLIKASI "GERAK MALAYSIA" MULAI 25 APRIL…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Rabu, 22 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments