Program Kongsi Rezeki “Back to school” PIBG SK TTDI (2) bantu 67 murid sempena sesi pembukaan sekolah

0

KUALA LUMPUR – Persatuan Ibu Bapa dan Guru dengan kerjasama pihak Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2, Kuala Lumpur, SK TTDI (2), telah mengadakan aktiviti amal berkonsepkan “Flea Market” di Dewan SK TTDI (2) pagi tadi.

Yang Dipertua PIBG SK TTDI (2), Mohd Saiful Bukhari, berkata kepada The Malaya Post bahawa program yang berlangsung jam 9 pagi tadi bertujuan untuk meringankan beban murid miskin dan keluarga berpendapatan rendah sempena sesi persekolahan 2024

Golongan sasaran terbabit terdiri daripada keluarga SK TTDI (2) yang memerlukan seperti golongan asnaf dan murid-murid berkenaan yang telah dikenal pasti oleh pihak sekolah.

“Alhamdulillah, kejayaan acara amal ini adalah kejayaan hasil gabungan kerjasama yang padu dari para Ibu Bapa, guru, dan masyarakat setempat yang menghulurkan bantuan dalam bentuk dana, barangan baru dan terpakai sejak minggu lalu.

“Hasil sumbangan berbentuk barangan ini di edar mengunakan kaedah “Flea Market. Sumbangan wang tunai pula di salurkan mengunakan kaedah pemberian Voucher Kedai Buku Sekolah bernilai RM50 setiap seorang. Seramai 67 murid telah dikenal pasti dan layak menerima Voucher ini,” katanya.

Program yang berlangsung dari jam 9 pagi tadi turut dihadiri oleh Guru Besar SK TTDI (2) Puan Serimashayu Abdul Majid, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Nurfarizan, para guru dan murid.

Aktiviti amal seperti ini diharapkan dapat diteruskan dengan objektif dan sasaran yang lebih besar dan menyeluruh pada masa akan datang.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply