Seringkali kita membaca perkongsian tips serta petua bagaimana ingin menurunkan berat badan.
Jarang sekali kita baca dan lihat perkongsian tips bagaimana mahu menambat berat badan.
Asyik cerita pasal turunkan berat je, ingat nak naik berat badan senang ke?
Jadi entri kali ini kami kongsikan lima tips penting bagi anda berbadan kurus melidi yang ingin menambah berat badan.
1) Lebihan kalori (Calorie surplus)
Individu berbadan kurus lazimnya mempunyai metabolisma yang tinggi jadi proses pembakaran lemak golongan seperti ini sangat cepat. Sebab itu orang kurus agak sukar untuk gemuk.
Individu berbadan kurus memerlukan kalori yang lebih daripada keperluan biasa untuk menambahkan berat. Senang cerita orang kurus ni perlu makan lebih daripada sukatan kalori harian biasa.
Jika anda ingin mengetahui berapakah keperluan kalori yang perlu anda ambil setiap hari, boleh memuat turun aplikasi ‘myfitnesspal’.
2) Work out di Gym
Angkat berat merupakan salah satu cara yang berkesan untuk tambah berat.
Apabila workout otot-otot akan pecah atau koyak jadi secara automatiknya badan akan membina semula otot-otot tersebut dan otot menjadi semakin membesar.
Ketika bersenam dicadangkan fokus pada ‘compaund movement’ iaitu otot yang besar pada badan seperti peha, dada dan bahagian belakang.
3) Protein
Selepas penat bersenam secara tidak langsung anda perlukan protein yang secukupnya untuk membaik pulih otot yang pecah.
Protein boleh diambil daripada sumber makanan yang biasa contohnya telor, daging dan dada ayam.
4) Rehat yang cukup
Mereka yang berbadan kurus biasanya sangat aktif dan banyak menggunakan tenaga.
Setelah seharian menggunakan banyak tenaga anda perlukan rehat yang cukup bagi membolehkan kerja-kerja membaik pulih otot yang rosak dilakukan.
5) Supplemen
Supplemen bukanlah produk yang wajib tetapi boleh diamalkan jika anda sejenis kurang makan banyak.
Tetapi pengambilan untuk jangka masa yang panjang adalah tidak digalakkan kerana setiap jenis supplemen mempunyai kandungan gula yang tinggi.
Selain supplemen anda juga boleh mengamalkan pengambilan multivitamin.
Multivitamin mengandungi pelbagai khasiat, ia dapat membantu individu yang mempunyai kurang selera makan.
Supplemen adalah tidak diwajibkan tetapi ia masih boleh diambil serta memastikan produk tersebut mendapat kelulusan kesihatan.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply