Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITAAzmin Ali dilantik Pengarah Pilihanraya PN

Azmin Ali dilantik Pengarah Pilihanraya PN

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Ekonomi) yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional , Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali hari ini dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional bagi mengetuai persediaan jentera pilihan raya parti tersebut pada PRU-15 akan datang.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pelantikan tersebut dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Tertinggi PN.

Majlis Tertinggi PN yang bermesyuarat semalam turut memuktamadkan beberapa keputusan bagi mengukuhkan kedudukan Perikatan Nasional sebagai parti politik yang menerajui kerajaan.

Majlis tersebut bersetuju untuk menubuhkan Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional bagi menyelaraskan aktiviti parti di peringkat negeri untuk memperkasakan gerak kerja parti di peringkat akar umbi secara menyeluruh.

Pengerusi Perikatan Nasional juga akan melantik Pengerusi Badan Perhubungan Negeri yang akan memanggil dan mempengerusikan semua mesyuarat Badan Perhubungan Negeri.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Ir Ts Khairul Nizam telah dilantik sebagai Ketua Pemuda Perikatan Nasional.

Menurut Hamzah, sayap Pemuda Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Ir. Ts. Khairil Nizam diminta untuk merancakkan lagi aktiviti di peringkat akar umbi agar dapat merapatkan silaturahim antara ahli-ahli parti.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments