Friday, June 14, 2024
HomeBERITAAnggap kritikan sebagai motivasi diri, Nomad akan terus fokus bidang nyanyian

Anggap kritikan sebagai motivasi diri, Nomad akan terus fokus bidang nyanyian

Perjuangan penyanyi Nomad terhenti di pentas Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) apabila diumumkan tersingkir pada minggu kelima yang berlangsung secara norma baharu di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya baru-baru ini.

Melalui ruangan komentar di laman media sosial Instagram, @nomadaish88 para peminat mengakui ‘frust’ dengan penyingkirannya malah ada yang ‘merajuk’ tidak mahu menonton GV7 lagi????.

Jom ikuti temubual ketika dihubungi wartawan Zuraihan Mukhtar bersama pelantun lagu popular ‘Tetap Menantimu’.

Walau diumumkan tersingkir di pentas rancangan realiti popular, nampaknya penyanyi Nomad tetap bersemangat meneruskan perjuangan dalam bidang seni suara tanah air dan akan terus memberi fokus penuh terhadap karier yang sentiasa dekat di hatinya.

Nomad juga berkongsi kini dalam proses akhir menyiapkan muzik video single terbaharu yang akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.

Mengakui teruja kerana berjaya menempatkan diri seterusnya berpeluang berentap bersama penyanyi ‘otai’ bertaraf ‘legend’, Nomad mempunyai misi tersendiri apabila nekad menyertai pertandingan ini.

“Tujuan utama Nomad memasuki GV7 adalah untuk memperbaiki keyakinan diri sendiri. Saya kurang dari segi pengalaman dan ilmu pengetahuan. Boleh dikatakan zero. Itu menjadikan saya rendah semangat dan kurang keyakinan yang mungkin saya kurang bagus dalam ‘deliver’ sesuatu nyanyian.

“Jadi, saya pun belajar dan perlu kerja lebih kerana ingin  mencabar diri untuk lebih berjaya. Sebagai contoh, saya sukakan genre balada. Namun saya cuba lakukan untuk membawa genre lain juga ketika di pentas GV7 apabila diberi task yang mencabar pada setiap minggu.

“Pengalaman bekerjasama dengan otai dan pengkritik sangat berharga. Tidak terlintas langsung untuk bersaing, tetapi lebih kepada mencari pengalaman dan pelajaran baru,” ulasnya.

Berbicara lanjut, Nomad mengakui penilaian juri tetap iaitu Dato’ Ramli MS adalah bersifat jujur.

“Bercakap tentang Dato’ Ramli MS, saya berpendapat beliau menilai dari sudut sangat dalam dan bersikap jujur.

“Kalau bagus beliau akan bagitahu kita bagus dan begitulah sebaliknya,” tutur penyanyi yang sentiasa tersenyum manis ini.

Memiliki rupa paras tampan dan ‘pakej lengkap’ bergelar seorang selebriti, penyanyi yang kini berusia 32 tahun dilihat berpeluang mencipta nama dalam seni hiburan negara. Tidak mustahil jika Nomad diberi peluang bergelar pelakon pula selepas ini?

“Saya akan memberi fokus dan keutamaan kepada bidang nyanyian kerana saya bermula dalam bidang ini.

“Walaubagaimanapun, jika ada rezeki dan peluang untuk berlakon pada masa akan datang, saya tidak akan menolak,” ujarnya.

Seringkali menerima pujian dengan imej dan penampilan sepanjang berada di pentas GV7 yang ditatarias oleh ‘stylist’ Johan Kassim dan Abidin Khairul, Nomad mengakui dirinya tidak cerewet dan amat bersikap terbuka dalam fesyen.

“Saya tidak mempunyai ‘specific’ imej. Asalkan sesuai dengan lagu, saya ikut sahaja. Saya sendiri sukakan fesyen dan bersikap terbuka.

“Nomad terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana ‘stylist’, dan bagi saya mereka berkarya terhadap penampilan yang ditatarias.

“Tugas sangat berat dan tanggungjawab buat saya untuk membawanya, kerana mereka berkarya dan saya amat menghargainya,” katanya.

Mengakhiri perbualan, Nomad menzahirkan rasa syukur di atas sokongan peminat dan mengakui dirinya kini lebih bersemangat mengharungi cabaran dalam bidang seni suara dan tidak lagi bersikap pesimis.

“Jika dahulu, komen pedas membuatkan saya mudah berasa ‘down’, lemah dan cepat berputus asa.

“Namun kini saya anggap kritikan sebagai motivasi untuk saya belajar dan memperbaiki kelemahan diri.

“Saya amat menghargainya dan berterima kasih kepada semua,” tambahnya.

Warga portal The Malaya Post berharap agar Nomad terus berjaya dalam bidang nyanyian ya. Good Luck Nomad!????????

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments