Friday, November 20, 2026
HomeBERITATerlebih kreatif! Face Mask diubahsuai memudahkan ketika menikmati hidangan makanan

Terlebih kreatif! Face Mask diubahsuai memudahkan ketika menikmati hidangan makanan

Pemakaian penutup hidung dan mulut atau ‘face mask’ sangat sinonim dengan amalan #newNormal pada hari ini.

Boleh dikatakan majoriti masyarakat memiliki sekurang-kurangnya sekeping face mask untuk perlindungan dan pencegahan dari pelbagai penyakit.

Selain dari kepelbagaian corak dan material, ada juga yang diubahsuai agar lebih praktikal dengan aktiviti harian.

Menerusi laman media sosial Facebook, perkongsian video berdurasi 23 saat kelihatan seorang lelaki sedang menikmati hidangan makan di sebuah restoran dengan mengamalkan pemakaian face mask.

Apa yang menariknya, ‘face mask’ berkenaan telah di ‘olah’ bertujuan memudahkan tuan punya badan menikmati makanan dan minuman.

Dengan cara begini, tidak perlulah asyik membuka dan memasang semula ‘face mask’ setiap kali mahu menyuap makanan dan minuman ke dalam mulut.

Idea menarik.
Ada sesiapa yang berminat?

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

#hahahaa

Posted by Razzxmanz Feisal on Thursday, 11 June 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments