Wednesday, June 12, 2024
HomeBERITAPetua mudah untuk sihat dan cantik

Petua mudah untuk sihat dan cantik

Bahan alami seperti halia, kulit kayu manis, serai dan lain-lain sememangnya mempunyai khasiat tersendiri lebih-lebih lagi untuk kesihatan dan kecantikan.

Cantik dengan bahan alami bukan sahaja selamat digunakan, malah dapat menjimatkan wang serta mudah dilakukan mengikut petua orang-orang dahulu.

Ayuh kekal aktif dan sihat dengan mengamalkan ramuan tradisional untuk kesihatan dalaman wanita. Selamat mencuba!

1) Rebusan sirih dan cengkih

Merawat bau badan yang kurang menyenangkan dan dapat menyegarkan tubuh badan.

Ambil 3 atau 5 helai daun sirih yang dicuci bersih dan sesudu cengkih. Rebus bersama air selama 20 minit. Ambil air rebusan dan minum.

2) Serai dan halia

Sangat baik untuk lenguh badan, sakit urat saraf, angin dalam badan dan mengurangkan kolestrol. Sediakan 3 batang serai dan 5cm halia, ketuk kesemua bahan dan rebus, kemudian minum setelah sejuk.

3) Sirih dan daun inai

Sesuai untuk wanita yang mengalami keputihan yang teruk dan berbau.

Bersihkan 3 atau 5 helai daun sirih dan segenggam daun inai, rebus selama 20 minit dan tapis lalu minum.

4) Halia, serai, kayu manis dan kunyit hidup

Berfungsi untuk kesihatan dan kecantikan dalaman wanita.

Sediakan 2 batang serai, kunyit, hidup dan halia. Ketuk kesemua bahan kecuali kulit kayu manis. Rebus selama 20-30 minit dan tapis air rebusan dan minum.

Untuk lebih sedap, boleh tambahkan gula batu dan daun pandan untuk menaikkan bau aroma.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments