Friday, July 26, 2024
HomeBERITAMasalah sayap mungkin punca pesawat terhempas - Dr Samsuri

Masalah sayap mungkin punca pesawat terhempas – Dr Samsuri

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata antara faktor yang mungkin menyebabkan sebuah pesawat persendirian terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, di Shah Alam Selangor mungkin berkait dengan masalah pada sayap.

Dalam hantaran di halaman Facebooknya, bekas ketua Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata berdasarkan bahan-bahan visual yang diperoleh orang awam masalah dialami pesawat itu mungkin disebabkan kegagalan sama ada ‘aileron’ atau gabungan kedua-dua kemudi atau ‘elevator’.

“Melihat kepada bahan-bahan visual sahaja (dalam bentuk rakaman kamera papan pemuka kenderaan yang juga mempunyai lain-lain kekangan), saya lebih cenderung untuk percaya isu yang jadi persoalannya ialah kawalan penerbangan – lebih kepada masalah pada sayap, kemungkinan kegagalan sama ada ‘aileron’ atau gabungan kedua-dua kemudi dan ‘elevator’,” katanya.

Beliau berkata lebih maklumat diperlukan dalam mencari faktor penyebab nahas itu termasuk siasatan di lokasi kejadian, pemeriksaan mikro dan makro ke atas bahagian atau serpihan pesawat dan analisis kotak hitam.

Sementara itu, Dr Samsuri yang mewakili semua warga Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) petang semalam.

Dalam kejadian berkenaan, 10 lelaki disahkan maut terdiri daripada enam penumpang termasuk Exco Pahang Johari Harun dan dua kru pesawat.

Dua lagi mangsa terdiri daripada seorang penunggang motosikal dan seorang pemandu kereta yang kebetulan melalui lebuh raya itu.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments