Tuesday, June 11, 2024
HomeBERITALelaki dipenjara secara salah selama 19 tahun, terima pampasan

Lelaki dipenjara secara salah selama 19 tahun, terima pampasan

 

Di Wellington seorang lelaki New Zealand bakal menerima pampasan hampir 5 juta dolar New Zealand (kira-kira RM13 juta) selepas dipenjarakan secara salah selama 19 tahun, umum kerajaan pada Jumaat.

Lapor Agensi Berita Jerman (dpa), pada 1986, Alan Hall disabitkan dengan kesalahan membunuh Arthur Easton dan dengan sengaja mencederakan anaknya, Brendon Easton, lalu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Sabitannya dibatalkan pada 2022.

Susulan itu kerajaan bersetuju untuk membayar 4,933,725 dolar New Zealand sebagai pampasan bagi 19 tahun yang dihabiskannya di belakang jeriji, kata pemangku Menteri Kehakiman New Zealand, Deborah Russell.

“Kerajaan mendapati Hall tidak bersalah dan memohon maaf tanpa syarat atas sabitan dan hukuman penjaranya.

“Saya mengakui bahawa permohonan maaf dan pampasan tidak dapat sepenuhnya membetulkan ketidakadilan yang dialami oleh Hall. Tetapi saya berharap ia sedikit sebanyak membantu Hall membina semula hidupnya dan akan membolehkannya mengejar perkara yang diingininya,” kata Russell.

Keluarga Hall berkata, kenyataan yang dikeluarkan kerajaan bahawa Hall tidak bersalah adalah yang paling penting.

“Ibu Alan, Shirley, penyokong terbesarnya, berjuang selama beberapa dekad untuk mendengar kata-kata itu. Bahawa beliau tidak ada di sini hari ini untuk mendengar kata-kata itu dilafazkan akhirnya menjadikan detik ini pahit.

“Alan berusia 24 tahun ketika dia ditangkap. Dia kini berusia 61 tahun. Dengan pengumuman hari ini, Alan kini boleh memberi tumpuan kepada apa yang dinafikan daripadanya selama beberapa dekad, membina hidupnya sebagai seorang yang bebas,” menurut kenyataan keluarga itu.

Mereka juga berharap siasatan dapat diteruskan bagi menjejaki individu yang bertanggungjawab atas kematian Arthur.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments