Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAPengamal media terima rebat sebulan bil telefon bimbit bulan depan

Pengamal media terima rebat sebulan bil telefon bimbit bulan depan

Ini pula berita baik untuk pengamal media.

Hampir 10,000 pengamal media di seluruh negara bakal menikmati rebat sebulan bil telefon bimbit di bawah Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media yang akan dilaksanakan bulan depan.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil insentif itu adalah penghargaan kepada “wira-wira tidak didendang” yang turut membantu memperjelaskan inisiatif Rahmah di bawah konsep Malaysia Madani.

“Insya-Allah satu Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media akan dilaksanakan pada September ini. Semua pengamal media yang memiliki kad perakuan media Jabatan Penerangan Malaysia layak mendapat rebat satu bulan bil telefon bimbit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang media  pelancaran Pakej 5G Rahmah dan insentif pascabayar Rahmah Penjawat Awam di Putrajaya siang tadi.

Fahmi berkata insentif khas untuk pengamal media itu merupakan hasil usaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan syarikat telekomunikasi.

“Kita sedang adakan sedikit perbincangan tambahan,” katanya perincian lanjut akan diumumkan setelah selesai penyelarasan dibuat dengan syarikat telekomunikasi terlibat iaitu TM (Unifi Mobile), CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL Communications (Yes).–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments