Tuesday, May 28, 2024
HomeBERITASajad buat permohonan maaf melalui IGTV Aliff Syukri

Sajad buat permohonan maaf melalui IGTV Aliff Syukri

Usahawan muda, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang telah menggemparkan apabila dia bertelekung ketika menunaikan Umrah di tanah suci Mekah, telah membuat permohonan maaf di IGTV Dato’ Seri Aliff Syukri.

Pada perkongsian di laman IGTV jutawan kosmetik terlajak laris berkenaan, Sajad berkata dia meminta maaf kepada semua pihak.

“Saya meminta maaf kepada jabatan-jabatan, mufti, ustaz, PU atau sesiapa sahaja ahli-ahli ulamak, saya minta maaf sangat-sangat.

“Apa pun saya nak cakap, saya dipermudahkan. Saya minta maaf bagi pihak mak ayah, anak-anak dan rakan-rakan saya. Saya minta maaf sangat-sangat,” kata Sajad yang pada ketika itu yang sedang menikmati hidangan di rumah Aliff Syukri sambil ditenangkan oleh dua orang sahabatnya.

Dalam pada itu, Aliff Syukri turut memberi pendapat agar Sajad berjumpa dengan mufti dan berbincang.

“Pergilah berjumpa dengan mufti sendiri menentukan dan berbincang.

“Takkanlah kita kat sini nak menghukum orang.Memang nampak dia gembira tapi hanya Allah sahaja yang tahu dugaan orang yang dikecam.

“Kadang-kadang penghinaan itu melampau-lampau. Saya pun macam saya cakap tadi tidak menangkan sesiapa, baik kita dengar dulu apa kata tuan punya badan,” ujarnya.

Di ruangan komen pula, ada sahaja kata-kata nakal yang ditulis oleh para netizen termasuk selebriti media sosial Wak Doyok yang mengatakan ketika Sajad sedang bersedih, habis licin nasi sepinggan.

 – THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments