Wednesday, July 17, 2024
HomeBERITAAkuan bersumpah Azilah Hadri dan gesaan buka semula fail kes bunuh Altantuya...

Akuan bersumpah Azilah Hadri dan gesaan buka semula fail kes bunuh Altantuya Shariibuu, Haniff Khatri minta rakyat menghormati prinsip perundangan

Baru-baru ini negara telah digemparkan dengan akuan bersumpah atau dengan bahasa undang-undang akuan berkanun (SD) yang dibuat oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri.

Azilah Hadri membuat dakwaan mengejut melalui akuan bersumpah (SD) mendakwa menerima arahan daripada Dato’ Seri Mohd Najib Razak untuk membunuh Altantuya Shaariibuu.

Azilah membuat dakwaan itu ketika sedang menanti hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Kelmarin, peguam terkemuka yang menjadi panel tetap untuk wawancara perundangan, Bicara Najib Razak tanpa gundah ganjara sempena sambutan Jubli Emas siri ke 50 setelah lebih 16 bulan berlangsung secara ‘live’ di Jom Channel melalui siaran Youtube, beliau meminta rakyat Malaysia agar menghormati prinsip perundangan dan proses mahkamah.

“Ramai di antara kita terus melompat dari kerusi masing-masing atau katil masing-masing dan mengatakan bila nak buka fail? Disitu kita kena faham bahawa dari segi perundangan ia tidak semudah seperti itu.

“Sebab ada satu prinsip dalam perundangan yang mengatakan apabila satu kesalahan jenayah telah pun selesai dengan pengambilan seluruh keterangan pada masa itu dan sudah ada keputusan sama ada bersalah ataupun tidak bersalah maka fail itu tidak boleh dibuka melainkan dalam keadaan-keadaan khusus.

“Azilah sekarang mengatakan bahawa yang suruh dia bunuh kononnya Najib Razak (dan saya kena guna perkataan ‘kononnya’ kerana itu gesaan Azilah yang belum terbukti lagi dalam perundangan),” katanya.

Beliau berkata, persoalan mahkamah akan tanya dalam permohonan semakan adalah kenapa pada tarikh bertahun-bertahun dulu apabila mahkamah memanggil Azilah untuk memberi keterangan di kandang saksi, beliau telah ke kotak saksi tersebut tapi dia tidak mencerita perkara yang sama.

Kenapa pada masa itu Azilah tidak menceritakan apa yang dia dedahkan sekarang?

“Dari segi perundangan apabila seseorang itu telah mempunyai peluang untuk berbicara, bercakap, beri keterangan di mahkamah dan peluang itu tidak digunakan mahkamah tidak akan melayan dia semula melainkan keadaan-keadaan khusus yang dia dapat memberi yakin kepada mahkamah ada sebabnya.

“Dan kalau kita lihat SD Azilah yang dipaparkan yang terdapat lebih 50 perenggan yang ada setakat yang saya baca melainkan ada akuan lain saya tak tahu saya cuma cakap SD yang bertarikh 17 Oktober tersebut, Azilah dalam fahaman saya masih belum nyatakan kenapa di mahkamah dia tak cakap benda yang sama.

“Pokok yang saya mahu khabarkan disini kalau mahkamah tidak yakin bahawa keterangan ini sekarang ini walaupun akaun berkanun sekalipun bukan merupakan suatu keterangan segar tapi satu keterangan yang tidak boleh diterima oleh mahkamah maka mahkamah tidak akan menolak sabitan.

“Itu satu keadaan yang perlu kita sabar dan menunggu apa yang berlaku. Selagi sabitan terhadap Sirul dan Azilah tidak diubah atau tidak disemak semula oleh mahkamah maka untuk meminta fail siasatan dibuka pun adalah salah. Tidak teratur dari segi perundangan,” ujarnya.

Beliau mengatakan kes pembunuhan Altantuya Shariibuu hebat diperkatakan semula apabila akuan berkanun Azilah pada masa sekarang yang diterbitkan pada 16 Disember 2019, tetapi akuan berkanun daripada tarikh yang terpapar di media massa dan tarikh yang diikrarkan di depan Pesuruhjaya Sumpah iaitu bertarikh 17 Oktober 2019.

“Ianya ditampilkan bersama yang menyokong permohonan yang masih ada di mahkamah

“Dalam akuan tersebut Azilah mengatakan kononnya beliau mengaku dan terlibat dalam proses membunuh Altantuya tapi beliau mengatakan ini adalah arahan orang lain yang dinamakan Najib Razak.

Itu kata dia pada SD bertarikh 17 Oktober 2019, “ ujarnya.

Menjawab persoalan ramai yang bertanya, adakah fail kes bunuh Altantuya Shariibuu akan dibuka semula, beliau berkata menurut prinsip perundangan bila sudah ada keputusan, kita tidak boleh menidakkan keputusan itu untuk melalui siasatan lain.

“Kita kena batalkan atau ubahkan keputusan itu terlebih dahulu. Jika mahkamah benarkan. Untuk mahkamah benarkan dia perlu ada keterangan segar, jadi adakan akuan berkanun itu satu keterangan segar dari segi perundangan? Itulah mahkamah akan putuskan.

“Jadi dari untuk buka atau tidak satu fail siasatan bagi tujuan menyiasat sama ada Najib Razak terlibat atau tidak berpandukan kepada SD Azilah perlu adanya pembatalan atau perubahan sabitan terhadap Azilah dan Sirul terlebih dahulu. Sebab itu dah muktamad.

“Untuk meminta pihak polis membuka fail, minta Peguam Negara mengarahkan pihak polis buka fail, it not as easy as that dan ini melibatkan proses undang-undang di mana dari sudut rekodnya bicara telah berjalan sampai selesai serta telah ada keputusan,” tambahnya lagi.

Menurutnya, rentetan peristiwa semasa pertuduhan di bawa terhadap Sirul, Azilah dan Razak Baginda pada masa itu, ada atau tidak pihak pendakwaan menyampaikan rentetan peristiwa yang mengandaikan ada penglibatan pihak lain memberi arahan.

“Kalau tiada rentetan peristiwa itu maka kita tidak boleh mengatakan rentetan ini perlu membuka fail tersebut semula. Sebab ianya akan bercanggah dengan rentetan peristiwa pendakwa sendiri.

“Jadi kita tidak boleh ada dua rentetan yang bercanggah untuk fail yang sama sedangkan satu sudah ada keputusan. Jadi itulah sebabnya yang penting tarikh 2 April 2020, katanya.

Haniff Khatri turut menyatakan pendapatnya, pada tahap ini kalau ada yang bertanya kepada saya, dalam perundangan kes Altantuya ia belum sampai tahap harus disiasat atau dibuka semula.

“Sebab kes Altantuya cuma boleh disiasat dan di buka semula sekiranya permohonan pada 20 April  oleh Azilah akan dibenarkan oleh mahkamah atau dibenarkan sebahagiannya ataupun keseluruhannya.

“Barulah kita boleh cakap ditahap dibuka semula atau disiasat semula kerana apa? Kalau sabitan ditolak makan sabitan boleh bermula untuk mencari pembunuh dan sebagainya, tambah Haniff Khatri lagi.

Bercakap soal motif, sebenarnya mungkin pelik untuk rakyat dan para penonton dengar jawapan beliau kerana motif sebenarnya tidak relevan dan tidak penting dalam mana-mana kes jenayah.

“Motif menjadi relevan kerana cuma rakyat nak tahu. This is normal dan satu benda yang lumrah.

“Motif kalau ada memberi pemahaman kepada mahkamah dan pihak pendakwa dan pihak pembelaan akan rentetan peristiwa yang membawa kepada pembunuhan. Tetapi tanpa motif tak bermakna sabitan tidak sah”, katanya.

Jumaat lalu, Dato’ Seri Mohd Najib Razak telah melafazkan sumpah laknat yang mengatakan beliau tidak pernah memberi arahan seperti yang didakwa Azilah dan tidak pernah berjumpa Altantuya Shariibuu.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments