Friday, July 19, 2024
HomeBERITAVIRALDodoi adik nyanyi lagu ‘Jangan Nakal’ hibur hati netizen

Dodoi adik nyanyi lagu ‘Jangan Nakal’ hibur hati netizen

Sudah namanya anak kepada penyanyi terkenal, sudah semestinya darah seni itu sedikit sebanyak ada dalam diri kanak kanak ini.

Perkongsian isteri Alif Satar, Shadila Halid mengenai keletah anak kedua mereka, Ariana Mecca mencuit hati warganet.

Video berdurasi 1.00 minit itu memaparkan Ariana mendodoikan adiknya, ‘Ali dengan menyanyikan lagu bapa mereka , Jangan Nakal dengan sedikit pelat.

“Please please please mamu jangan akal” nyanyi Ariana.

“Turn Kakak Ariana pulak nak dodoikan ‘Ali… tapi ni terbalik, dari budak tu elok-elok diam, terus dia nangis 😛” tulis Shadilla pula bersama video berkenaan.

Rata rata di ruangan komen, warganet menzahirkan rasa terhibur dengan telatah Ariana bersama ‘Ali.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments