Sunday, May 12, 2024
HomeBERITAMike Tyson 'tumbuk' penumpang celupar

Mike Tyson ‘tumbuk’ penumpang celupar

Mulut celupar bawa padah!

Bekas juara tinju heavyweight, Mike Tyson dilaporkan menumbuk berkali-kali seorang penumpang yang menaiki penerbangan San Francisco selepas berang apabila lelaki terbabit  bertindak melakukan provokasi ke atasnya.

Video menerusi telefon bimbit menunjukkan Tyson yang bersandar di kerusinya melepaskan tumbukan kepada lelaki terbabit yang dilihat mengalami lebam dan berdarah dalam kejadian berlaku semalam.

“Iron Mike” sebelum itu kelihatan mesra dengan penumpang dan rakannya ketika menaiki pesawat tetapi bertindak apabila lelaki itu “tidak berhenti melakukan provokasi” terhadapnya, kata laman sesawang hiburan, TMZ.

Lelaki itu berkali-kali “cuba bercakap” dengan petinju berusia 55 tahun itu kata laporan berkenaan.

“Tyson tidak sabar lagi mendengar lelaki di belakangnya terus bercakap… dan memintanya bertenang. Apabila lelaki itu enggan, ketika itulah saksi melihat Tyson mula melepaskan beberapa tumbukan ke muka lelaki itu.”

Tyson dilaporkan dibawa keluar daripada pesawat sebelum ia berlepas ke Florida.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments