Monday, May 20, 2024
HomeBERITA'Kehilangan besar buat negara' - PM

‘Kehilangan besar buat negara’ – PM

Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah atas pemergiannya bekas Ketua Setiausaha Negara ke-13, Tan Sri Dr. Ali Hamsa ke Rahmatullah pagi ini.

Dato’ Seri Ismail Sabri dalam satu kenyataan di Facebook rasmi beliau turut mendoakan semoga seluruh keluarga Allahyarham Tan Sri Ali bersabar serta tabah menghadapi dugaan ini.

“Mendapat perkhabaran sedih di atas pemergian Tan Sri Dr. Ali Bin Hamsa, bekas Ketua Setiausaha Negara ke-13, yang telah kembali ke Rahmatullah pagi ini 21 April 2022M bersamaan 19 Ramadan 1443H.

“Mewakili Keluarga Malaysia, saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga mereka sabar serta tabah menghadapi dugaan ini.

“Allahyarham merupakan mantan Ketua Setiausaha Negara dari tahun 2012 hingga 2018 dan seorang tokoh pentadbir Perkhidmatan Awam yang amat disegani serta dihormati sewaktu dalam perkhidmatan,” katanya.

Tambah beliau Allahyarham telah menabur jasa dan bakti selama berkhidmat dan pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat negara.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan bersama para solihin. Al-Fatihah,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments