Thursday, November 19, 2026
HomeBERITABekas KSN, Ali Hamsa meninggal dunia

Bekas KSN, Ali Hamsa meninggal dunia

Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa meninggal dunia di Hospital Dublin, Ireland, hari ini.

Berita itu disahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan medianya.

“Sesungguhnya pemergian beliau di bulan Ramadan yang mulia ini merupakan satu kehilangan besar kepada negara dan pentadbiran awam,” katanya.

Allahyarham Ali, 64 tahun merupakan tokoh besar dalam perkhidmatan awam negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataannya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Sesungguhnya pemergian beliau di bulan Ramadan yang mulia ini merupakan satu kehilangan besar kepada negara dan pentadbiran awam,” katanya.

Allahyarham yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1958 memegang jawatan tersebut dari tahun 2012 hingga 2018.

Sebelum dilantik sebagai KSN, Allahyarham Tan Sri Ali pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian juga sebagai Ketua Penolong Pengarah/ Ketua Unit Perkapalan di Kementerian Pengangkutan.

Allahyarham juga pernah bertugas di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 1997 hingga 2009 dan menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Ekonomi Wilayah sejak 2003.

Salam takziah dari Team The Malaya Post.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments