Saturday, October 19, 2024
HomeBERITAMakan bersulam air, lemahkan tenaga batin

Makan bersulam air, lemahkan tenaga batin

Cakap-cakap orang tua mengatakan tak elok makan bersulam air.

Tapi mengapa ya?

Seorang bekas guru silat berusia 98 tahun menasihatkan orang ramai terutamanya golongan muda supaya tidak makan sambil minum air kerana didakwa memberi kesan sampingan seperti lemah anggota badan termasuk tenaga batin.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Mat Piah Musa yang pernah mendirikan rumah tangga sebanyak 13 kali sejak usia 25 tahun berkata, dia sering menegur mereka yang didapati melakukan amalan tersebut terutama anak dan cucunya.

Dia yang lebih dikenali sebagai Tok Wan berkata, mereka yang ingin sentiasa sihat perlu bersenam dan melakuan aktiviti yang mengeluarkan peluh supaya badan sentiasa berada dalam keadaan.

“Jangan makan sambil minum air kerana bukan sahaja melemahkan anggota badan, tetapi, turut memberi kesan kepada tenaga batin.

“Sebaliknya, lakukan amalan gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan dan bersenam. Tok Wan mengamalkan amalan itu sejak muda lagi,” katanya.

Malah, warga emas itu mendakwa, usia sebenarnya adalah 106 tahun berbanding dengan usia berdasarkan tarikh lahir pada kad pengenalannya kini tinggal berseorangan selepas kematian isterinya lima tahun lalu

Mat Piah pernah dianugerahkan Tokoh Seni Pendekar pada 2004 di peringkat kampung itu berkata, dia juga sentiasa makan ulam-ulaman selain nasi dan lauk gulai.

“Bagaimanapun, sejak ketiadaan gigi, Tok Wan sudah tidak mengambil ulaman lagi dan hanya makan sayur-sayuran sahaja,” katanya.

Menurut bekas anggota Pasukan Kawalan Tempatan Tanah Melayu (Home Guard) itu, dia bersemangat untuk berpuasa apabila tiba bulan Ramadan walaupun telah berusia.

“Alhamdulillah, syukur Tok Wan masih dapat berpuasa, namun, kalau keletihan dan tidak dapat berpuasa penuh, Tok akan berbuka awal,” ujarnya.

Untuk rekod hasil perkahwinan dengan 13 isteri, Mat Piah dikurniakan tujuh anak, 30 cucu dan 18 cicit.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments