KUALA LUMPUR, 29 September – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan kesahihan iklan berhubung bantuan lesen memandu percuma kepada semua golongan seperti yang sedang tular di media sosial.
Menurut satu kenyataan dikeluarkan Pasukan Respon Pantas, KKOMM, JPJ menegaskan bahawa iklan itu adalah palsu.
Menurut JPJ ia dilakukan oleh sindiket penipuan dengan menyalahgunakan gambar Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bagi menarik perhatian untuk mempromosikan lesen memandu percuma yang boleh didaftarkan melalui pautan https://www.motif.my/bantuan-lesen/.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang iklan tawaran lesen memandu percuma sebaliknya menghubungi pejabat JPJ yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.–THE MALAYA POST
*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
Leave a Reply